Kakitangan Kementerian Kesihatan semua peringkat termasuk di pintu masuk antarabangsa negara telah diberi penerangan berkaitan pengurusan kes-kes disyaki 'Ebola viral disease' (EVD) yang kini dilaporkan menular di beberapa negara Afrika Barat.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, penerangan itu merangkumi aspek saringan penyakit EVD, langkah-langkah pencegahan termasuk kawalan jangkitan infeksi, pengesanan kes disyaki dan kontak, membuat notifikasi dengan kadar segera dan rujukan kes disyaki ke hospital berhampiran.
"Pusat Kesiapsiagaan dan Respons Kebangsaan (NCPRC) sedang memantau perkembangan status kejadian EVD di Afrika barat dan menyelaras kesiapsiagaan dan respons kementerian bagi menghadapi penularan penyakit itu," katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Subramaniam, sehingga kini tiada kes EVD dilaporkan di Malaysia. EVD sejenis penyakit demam berdarah yang boleh menyebabkan maut.
Kementerian Kesihatan, katanya, mempunyai makmal yang berupaya mengesan visus Ebola iaitu di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selain kemudahan merawat kes seumpama itu di hospital kerajaan yang dikenal pasti di seluruh negara.
Subramaniam memetik kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memaklumkan bahawa situasi EVD di Guinea, Liberia, Sierra Leone dan Nigeria merupakan kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa.
Sehingga 6 Ogos lepas, 1,779 kes dikesan dengan 961 kematian dilaporkan.
Bagaimanapun, menteri itu berkata WHO tidak mengeluarkan sebarang larangan perjalanan ke negara-negara terbabit dan selain daripada kontak atau kes EVD, masyarakat di sana juga tidak dikenakan sekatan perjalanan antarabangsa.
"Antara saranan WHO ialah supaya negara yang menghadapi Ebola melakukan saringan sebelum keluar dari negara dan sekiranya seseorang itu menunjukkan tanda EVD, mereka tidak dibenarkan membuat perjalanan antarabangsa kecuali untuk tujuan evakuasi perubatan," tambahnya.
Bernama
Mon Aug 11 2014
Sehingga 6 Ogos lepas, 1,779 kes telah dikesan di seluruh dunia dengan 961 kematian dilaporkan.
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Nigeria lapor 1,629 kes taun, 48 kematian
Sebanyak 1,629 kes disyaki kolera atau taun termasuk 48 kematian telah dilaporkan pada penghujung April tahun ini, umum Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Nigeria (NCDC) pada Selasa.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tiada virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini - Dr Zaliha
Tiada penyakit virus Marburg dikesan di Malaysia setakat ini, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Cacar monyet: Jumlah kes di Perancis meningkat kepada 33 kes
Menurut Badan Kesihatan Awam Perancis (SPF), daripada jumlah itu 24 kes dikesan di wilayah Paris.
Bocor rahsia negara, bekas menteri, ketua polis Djibouti dijatuhi hukuman penjara
Mahkamah Djibouti menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang bekas menteri belanjawan dan bekas ketua polis kerana kesalahan membocorkan perbualan sulit.
Cacar monyet sesuatu yang perlu dibimbang - Biden
Biden menambah ia adalah kebimbangan kerana jika cacar monyet merebak ia akan menjadi isu berbangkit.
Kenapa kes cacar monyet meningkat di Eropah?
Ia menimbulkan kebimbangan kerana penyakit itu selalunya berlaku di Afrika Barat dan Tengah dan jarang sekali merebak ke tempat lain.
Dr Mahathir terkejut Malaysia di belakang beberapa negara Afrika dari segi pembangunan
Bekas Perdana Menteri menjelaskan, beliau bersedia menerima bahawa Malaysia telah ketinggalan di belakang Indonesia dan Vietnam sejak kebelakangan ini.
Kes pertama polio liar di Malawi dikesan
Pihak berkuasa di Malawi mengesahkan satu kes polio liar melibatkan seorang kanak-kanak berusia 3 tahun di Lilongwe.
COVID-19: EU, Afrika sasar selesai isu paten vaksin menjelang musim bunga
Semua pihak berkongsi matlamat sama, namun mempunyai cara berbeza untuk mencapai matlamat tersebut.