awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai Khas Menteri Kesihatan dipilih sebagai senator

Bernama
Bernama
15/05/2017
05:23 MYT
Pegawai Khas Menteri Kesihatan dipilih sebagai senator
Zahari yang juga Ketua UMNO Bahagian Segamat itu turut memegang jawatan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Segamat dan Anggota Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor. - Foto Instagram Zahari Sarip
Pegawai Khas kepada Menteri Kesihatan, Zahari Sarip hari ini dipilih oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk dilantik sebagai senator.
Pemilihan Zahari, 50, sebagai anggota Dewan Negara bagi tempoh tiga tahun itu dicadang Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan disokong Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Md Jais Sarday.
Anak jati Segamat itu sebelum ini merupakan Pegawai Khas kepada Timbalan Menteri Pelajaran.
Berkelulusan Diploma Perguruan dan kini sedang melanjutkan pengajian pada peringkat Sarjana Eksekutif dalam bidang Pengurusan, beliau pernah berkhidmat sebagai guru di Segamat serta menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dari Kementerian Pelajaran bagi 1996, 2004 dan 2013.
Beliau mula berkecimpung dalam politik sejak 1990 apabila menyandang jawatan Setiausaha UMNO Cawangan Kampung Kenangan, Segamat.
Zahari yang juga Ketua UMNO Bahagian Segamat itu turut memegang jawatan Pengerusi Barisan Nasional Parlimen Segamat dan Anggota Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.
Beliau juga memegang jawatan dalam beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Presiden Persatuan Hoki Daerah Segamat, Penasihat Persatuan Guru-Guru Melayu Parlimen Segamat dan Penaung Persatuan Belia Melayu Baru Taman Yayasan Segamat.
Beliau yang memiliki tiga anak itu turut dilantik sebagai Pengerusi Risda Catering & Event Sdn Bhd serta Penasihat Kluster FGV (Felda Prodata System Sdn Bhd).
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pegawai Khas Menteri Kesihatan
#senator
#umno segamat
#Zahari Sarip
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan