awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai KPWKM siasat laporan penghuni rumah kebajikan diasingkan dalam 'kandang'

Bernama
Bernama
25/10/2016
01:12 MYT
Pegawai KPWKM siasat laporan penghuni rumah kebajikan diasingkan dalam 'kandang'
ROHANI: "Saya arahkan pegawai untuk ke tempat itu...saya kini menunggu laporan terperinci daripada mereka." - Foto Bernama
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sedang menunggu laporan pegawainya yang dihantar ke sebuah rumah kebajikan di Perak yang penghuninya didakwa diletakkan dalam kubikel berpagar seperti kandang.
Menteri berkenaan, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata ia susulan laporan mengenainya yang viral di media sosial.
"Saya arahkan pegawai untuk ke tempat itu...saya kini menunggu laporan terperinci daripada mereka," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu dalam satu program terbitan stesen televisyen Bernama News Channel pada Isnin.
Beliau berkata rumah kebajikan itu merupakan pusat penjagaan yang berdaftar.
Rohani bagaimanapun menegaskan bahawa kanak-kanak atau orang kurang upaya yang menjadi penghuni mana-mana pusat kebajikan harus dijaga dengan baik dengan mengambil kira prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
"Saya hendak pastikan sama ada pusat kebajikan itu mematuhi SOP berkenaan," katanya.
Dilaporkan seorang pengunjung ke rumah kebajikan kanak-kanak kurang upaya di Batu Gajah itu mendapati ada penghuninya diletak dalam 'sangkar' khas, dan isu itu mendapat pelbagai reaksi netizen. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KPWKM
#kubikel
#penghuni dalam kandang
#Rohani Abdul Karim
#rumah kebajikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan