MALAYSIA
Pegawai penguat kuasa JPJ guna alat perakam badan mulai November - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke bersama Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli melihat pemakaian kamera badan pada anggota JPJ di Kementerian Pengangkutan hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara akan menggunakan Alat Perakam Badan (BWC) bermula pada November ini bagi memperkukuh keberkesanan penguatkuasaan serta meningkatkan integriti dan ketelusan perkhidmatan awam.
Ringkasan AI
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata bagi fasa pertama, sebanyak 100 unit BWC akan digunakan pegawai penguat kuasa JPJ, melibatkan ibu pejabat dan JPJ negeri dengan peruntukan RM2.3 juta.
"Inisiatif ini telah dibincangkan selama bertahun-tahun dan akhirnya kita mendapat peruntukan (untuk laksanakan). Jadi, fasa kedua nanti semua anggota penguat kuasa JPJ akan memakainya apabila mereka menjalankan aktiviti penguatkuasaan," katanya dalam sidang media selepas majlis perhimpunan dan ikrar bebas rasuah JPJ di sini hari ini.
Beliau berkata penggunaan BWC menandakan komitmen JPJ untuk melaksanakan penguatkuasaan berasaskan bukti dan memastikan setiap tindakan di lapangan dapat dirakam, dinilai dan dipantau secara objektif.
"Anggota-anggota JPJ yang akan terlibat dalam operasi khas, khususnya isu lebih muatan mesti ada kamera sebab mereka ini akan berdepan dengan satu risiko yang besar.
"Dalam kalangan mereka (juga) diberikan pistol sebab lazimnya apabila kita buat penguatkuasaan ada tonto dan mereka tidak takut dengan anggota JPJ. Ada (tonto) yang kejar balik sebab ingin takutkan anggota," katanya dan menambah BWC serta pistol diberikan untuk melindungi diri.
Beliau berkata JPJ yakin pelaksanaan inisiatif ini akan menjadi pemangkin kepada transformasi budaya kerja penguatkuasaan, meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap ketelusan tindakan JPJ serta memperkukuh keberkesanan sistem tadbir urus dan akauntabiliti perkhidmatan awam.
"Langkah ini juga menegaskan pendirian JPJ untuk melaksanakan tugas penguatkuasaan secara tegas, profesional dan berintegriti tinggi, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI dalam memperkukuh tadbir urus dan kepercayaan rakyat terhadap agensi penguatkuasaan negara," katanya.
Pada majlis itu juga, JPJ turut menerima sumbangan empat kenderaan Honda CR-V baharu daripada PLUS Malaysia Berhad (PLUS), sebagai kesinambungan kepada kerjasama strategik yang terjalin sejak 2019.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JPJ akan mula menggunakan Alat Perakam Badan (BWC) pada November ini melibatkan 100 unit untuk fasa pertama dengan peruntukan RM2.3 juta bagi meningkatkan integriti dan ketelusan penguatkuasaan.
- Penggunaan BWC menandakan komitmen JPJ melaksanakan penguatkuasaan berasaskan bukti, selain melindungi anggota yang berdepan risiko semasa operasi khas seperti isu lebih muatan.
- JPJ yakin inisiatif ini akan memperkukuh tadbir urus dan kepercayaan rakyat, selaras aspirasi Kerajaan MADANI; PLUS turut menyumbang empat kenderaan Honda CR-V baharu kepada JPJ.