awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai penjara didakwa sebabkan kematian tahanan

Sinar Harian
Sinar Harian
19/12/2025
04:45 MYT
Pegawai penjara didakwa sebabkan kematian tahanan
Tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan menyebabkan kematian seorang tahanan di Mahkamah Majistret Taiping pada Jumaat. - Foto Sinar Harian
TAIPING: Seorang pegawai penjara yang bertugas di Pusat Koreksional Taiping dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat kerana menyebabkan kematian seorang tahanan, awal tahun lalu.

Ringkasan AI
  • Pegawai penjara didakwa di Mahkamah Majistret kerana menyebabkan kematian tahanan, Gan Chin Eng, di Penjara Taiping pada awal tahun lalu.
  • Tertuduh mengaku tidak bersalah dan diminta dibicarakan, dengan jaminan RM5,000 ditetapkan oleh mahkamah.
  • Kejadian provokasi di Penjara Taiping pada 17 Januari lalu yang menyebabkan kematian seorang banduan disahkan oleh Jabatan Penjara.

Tertuduh, Ryndee O'nel Victor, 25, didakwa menyebabkan kematian Gan Chin Eng, 62, dengan mengetahui bahawa perbuatannya mungkin menyebabkan kematian lelaki terbabit.
Mengikut pertuduhan, kesalahan itu dilakukan di Dewan B, Penjara Taiping, Jalan Taming Sari di sini dalam Daerah Larut Matang dan Selama antara jam 3.30 petang sehingga 4 petang pada 17 Januari 2025.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Pasukan pendakwaan yang diketuai Pengarah Pendakwaan Perak, Muhammad Zaki Abdul Kudos mencadangkan jaminan RM20,000 terhadap tertuduh.
Bagaimanapun, peguam Mohd Aidil Arsad merayu agar jumlah jaminan dikurangkan memandangkan tertuduh mempunyai tanggungan seorang isteri yang sedang hamil.
Majistret Ahmad Hamdi Mustafar kemudiannya menetapkan jaminan RM5,000 dengan dua penjamin manakala pasport tertuduh perlu diserahkan selain dilarang mengganggu saksi.
Mahkamah turut menetapkan 26 Februari 2026 sebagai sebutan semula kes.
Pada 11 Februari lalu, Jabatan Penjara mengesahkan berlaku kejadian provokasi di Penjara Taiping pada 17 Januari lalu yang menyebabkan seorang banduan meninggal.
Menurut kenyataan jabatan itu, insiden berkenaan membabitkan seorang prospek yang dipindahkan dari Pusat Koreksional Batu Gajah ke Penjara Taiping. -- Sinar Harian

Topic Berkaitan
#pegawai penjara
#bunuh tahanan
#Pusat Koreksional Taiping
#Ryndee O'nel Victor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan