KUALA LUMPUR :Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau membuat aduan bertulis terhadap Datin Seri Rosmah Mansor pada 9 Nov 2018 untuk memulakan siasatan terhadap isteri bekas perdana menteri itu di bawah Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.
Noornabilah Mohd Aziman, 30, berkata aduan bertulis itu disediakan atas arahan pegawai atasannya, berdasarkan kepada satu laporan yang telah disiasat oleh SPRM.
Saksi ke-23 yang juga saksi pendakwaan terakhir itu berkata hasil siasatan terdahulu mendapati Rosmah disyaki telah meminta dan menerima rasuah daripada Jepak Holdings Sdn Bhd dan Saidi Abang Samsudin merupakan pengarah urusan syarikat tersebut.
Beliau yang membacakan penyataan saksinya berkata dakwaan meminta dan menerima rasuah itu adalah sebagai balasan membantu syarikat itu mendapatkan Projek Sistem Solar Bersepadu Photovoltaic (PV) dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset / Diesel bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
"Saya telah memulakan siasatan dengan mendapatkan dokumen-dokumen daripada KPM, Kementerian Kewangan, Maybank Cawangan Jalan Tuanku dan CIMB Cawangan Bintulu. Sepanjang siasatan kes ini, saya juga ada menerima beberapa dokumen lain seperti gambar-gambar tempat kejadian, pelan lakar tempat kejadian, laporan forensik berserta CD (cakera padat) dan dua jilid dokumen Kontrak Projek Solar Hibrid.
"Saya juga telah mendapatkan CD rakaman perbualan (didakwa) antara Datin Seri Rosmah dan (suaminya) Datuk Seri Najib Tun Razak, dokumen perakuan jawatan Datuk Rizal Mansor (bekas pegawai khas Rosmah), dokumen maklumat syarikat Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan dokumen-dokumen lain berkaitan kes ini. Sebagai pegawai penyiasat, saya juga ada menerima beberapa dokumen lain daripada pegawai SPRM yang membantu saya menjalankan siasatan," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya TPR) Idham Abd Ghani.
Turut memberi keterangan pada hari ini ialah Ketua Penolong Setiausaha di Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Perdana Menteri (JPM), Nuryusran Sairan, 46, yang mengesahkan mengenai kedudukan atau jawatan dipegang Rizal ketika bertugas di JPM sebelum ini.
Sementara itu, saksi pendakwaan kelima, bekas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid yang sepatutnya dipanggil semula untuk pemeriksaan balas oleh pihak pembelaan, tidak dapat hadir ke mahkamah kerana menjalani kuarantin mengikut perintah pengawasan dan pemerhatian bagi COVID-19 di kediamannya selepas pulang dari Sabah.
TPR Kanan Datuk Seri Gopal Ram yang mengesahkan perkara itu turut mengemukakan surat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia yang menyatakan Mahdzir dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada individu yang telah disahkan positif COVID-19, justeru beliau perlu menjalani kuarantin di kediamannya mengikut perintah pengawasan dan pemerhatian bagi kontak COVID-19.
"Beliau (Mahdzir) telah diberikan notis arahan supaya tidak keluar rumah. Kami diberitahu bahawa beliau akan menjalani ujian ketiga COVID-19 Rabu ini dan hanya akan mengetahui keputusannya pada Khamis. Beliau menjalani kuarantin sehingga 12 Okt.
“Oleh itu, kami berharap mahkamah dapat mendengar kes ini minggu depan, 13 Okt pada 2 petang bagi membolehkan Mahdzir menyelesaikan pemeriksaan balas dan menutup kes kami," kata Sri Ram.
Peguam utama Datuk Jagjit Singh kemudian memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan akan mengesahkan esok sama ada mereka boleh menghadiri mahkamah pada tarikh berkenaan yang dipersetujui oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan.
Pihak pembelaan sebelum ini memohon untuk memanggil semula Mahdzir bagi menyoal beberapa isu kepada saksi itu.
Rosmah, 69, berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua tuduhan menerima suapan sebanyak RM6.5 juta daripada Saidi.
Suapan itu didakwa diterima menerusi Rizal, sebagai upah membantu Jepak mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Suria Photovoltaic (PV) Hibrid serta penyelenggaraan dan operasi genset/diesel, untuk 369 sekolah luar bandar Sarawak bernilai RM1. 25 bilion daripada KPM secara rundingan terus.
Perbuatan itu didakwa dilakukan di Lygon Cafe, Sunway Putra Mall, Jalan Putra di sini; Kediaman Rosmah di Jalan Langgak Duta, Taman Duta dan di Seri Perdana, Persiaran Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya antara Januari 2016 hingga September 2017.
Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM) dan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika disabitkan.
Perbicaraan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 05 2020
Saksi pendakwaan terakhir itu berkata, siasatan terdahulu mendapati Rosmah disyaki meminta dan menerima rasuah daripada Jepak Holdings Sdn Bhd. -Gambar fail/ Bernama
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Ramai serbu Jalan TAR tapi belum cukup meriah
Saban tahun, Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) meriah tatkala menghampiri Hari Raya Aidilfitri namun tahun ini, selepas lebih dua minggu Ramadan, suasananya masih belum cukup meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya.
Kerajaan digesa buat semakan undang-undang atasi 'lanun digital'
Kerajaan digesa untuk membuat semakan undang-undang bagi mengukuhkan kuasa penguatkuasaan dalam membantu mereka bertindak dengan lebih pantas demi kedaulatan digital Malaysia.
Tambahan 300 kaunter fizikal seluruh negara
DOSM menambah 300 kaunter PADU secara fizikal di seluruh negara.
Najib miliki kuasa penuh dalam SRC - Bekas pengarah
Bekas pengarah SRC International memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa Najib mempunyai kuasa penuh untuk membuat semua keputusan dalam SRC.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
AS$8.99 juta diterima BVI dikawal sekutu Jho Low - Saksi
Seorang penyelesai hutang (liquidator) memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa bayaran AS$8.99 juta diterima syarikat Blackstone Real Asia Estate Partners Ltd (BVI) dikawal oleh sekutu Jho Low.
AS$120 juta pinjaman KWAP kepada SRC masuk ke akaun peribadi Najib - Saksi
Datuk Seri Najib Tun Razak menerima AS$120 juta daripada hasil pinjaman KWAP kepada SRC International Sdn Bhd antara Dis 2011 hingga Mei 2012, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
'Adakah benar Najib rayu dikenakan tahanan rumah?' - Ismail Sabri
Beliau mahu kerajaan menjawab adakah benar rayuan pengampunan Datuk Seri Najib Razak turut melibatkan pertukaran tempat tahanan dari penjara ke tahanan rumah.
SRC mangsa penipuan berskala besar yang didalangi Najib - Peguam
Peguam utama SRC International Datuk Lim Chee Wee berkata Najib melakukan kesalahan ini melalui pelbagai jawatan awam yang dipegang beliau.
AG peroleh kebenaran mulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Peguam Negara (AG) untuk memulakan prosiding komital terhadap Isham Jalil.
Tahanan di rumah tiada kaitan dengan Najib - Saifuddin
Program Pelepasan Banduan Secara Berlesen menerusi tahanan di rumah kepada banduan tiada kena mengena dengan usaha untuk membebaskan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Kelulusan Najib diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu mahkamah kelulusan Datuk Seri Najib Tun Razak diperlukan sebelum sebarang langkah dibuat dalam operasi 1MDB.
Shafee alami palpitasi, perbicaraan kes 1MDB Najib tangguh
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi ditangguhkan hari ini.