MALAYSIA
Pegawai perhutanan didakwa terima rasuah lesen pembalakan
Tertuduh ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu bagi mendengar pertuduhan.
KOTA BHARU: Seorang pegawai pemelihara hutan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, hari ini, atas dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM3,500 bagi membantu mendapatkan lesen pembalakan di Pahang.
Ringkasan AI
Tertuduh, Nazri Husin, 54, yang bertugas di Pejabat Perhutanan Negeri Sembilan, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Dazuki Ali.
Mengikut pertuduhan, Nazri didakwa menerima rasuah daripada seorang individu bernama Ching Fook Loong antara tahun 2019 hingga 2023 sebagai balasan membantu mendapatkan lesen menjalankan kerja-kerja pembalakan sebagai kontraktor dalam Projek Ladang Hutan di kawasan Hutan Simpan Lesong, Mukim Keratong, Rompin, Pahang.
Pendakwaan dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Julaila Jamaluddin, manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Nadia Norrizan.
Lelaki itu berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh sebelum ini turut didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban pada 2 Oktober lalu atas 116 pertuduhan rasuah berjumlah RM649,169.68 melibatkan kesalahan sama.
Mahkamah hari ini memutuskan untuk memindahkan kes ke Mahkamah Sesyen Seremban bagi dibicarakan bersama kes terdahulu.
Kes akan disebut semula pada 24 Oktober 2025 di Mahkamah Sesyen Seremban.
Ringkasan AI
- Pegawai pemelihara hutan, Nazri Husin, mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima rasuah RM3,500 bagi membantu mendapatkan lesen pembalakan di Pahang.
- Kes ini berkait dengan dakwaan menerima suapan daripada Ching Fook Loong antara 2019 hingga 2023, dan akan dibicarakan bersama 116 pertuduhan rasuah terdahulu di Mahkamah Sesyen Seremban.
- Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan.