awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pesalah buang sampah jalani Perintah Khidmat Masyarakat serentak 13 Feb ini - Nga
252 kesalahan kebersihan premis makanan direkodkan di Pulau Pinang tahun lepas
Tikaman di bahagian dada punca kematian eksekutif operasi bank - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai perubatan KKM ditawar berdasarkan gaji akhir semasa lantikan kontrak

Sinar Harian
Sinar Harian
20/07/2024
05:15 MYT
Pegawai perubatan KKM ditawar berdasarkan gaji akhir semasa lantikan kontrak
Dr Dzulkefly berkata, kelulusan khas itu juga turut terpakai sekiranya dilantik secara kontrak interim kelak.
SHAH ALAM: Pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak yang dilantik secara tetap di Kementerian Kesihatan (KKM) akan ditawarkan gaji berdasarkan akhir semasa lantikan kontrak setelah proses penilaian dibuat.
Menteri KKM, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, kelulusan khas itu juga turut terpakai sekiranya dilantik secara kontrak interim kelak.
"Oleh itu, dakwaan bahawa kerajaan tidak mengambil kira pengalaman dan memberi gaji yang rendah (kembali ke asas) adalah tidak tepat.
"Ini kerana segala pergerakan gaji tahunan di jawatan kontrak turut diambil kira untuk penetapan gaji permulaan di jawatan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)," katanya pada Jumaat.
Terdahulu, seramai 422 pegawai perubatan lantikan kontrak KKM akan melengkapkan tempoh maksimum kontrak tujuh tahun mulai bulan ini hingga November, nanti.
Pegawai perubatan yang menamatkan kontrak pada tahun ini berpeluang untuk memohon dalam urusan pengambilan khas yang dilaksanakan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), bulan ini. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#KKM
#pegawai perubatan
#isu gaji
#lantikan tetap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan