Semasa isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) heboh diperkatakan pada 2015, ramai orang termasuk ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low serta pegawai di Pejabat Perdana Menteri (PMO) memberi tumpuan mengenai idea untuk melindungi Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata selain Jho Low, pegawai PMO yang turut memberi idea melindungi bekas perdana menteri itu ialah Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan dan Datuk Amhari Efendi Nazarudin.
Ahmad Farid bertanggungjawab terhadap imej Najib pada masa itu manakala Amhari merupakan pegawai khas Najib.
Perkara ini dinyatakan saksi pendakwaan kesembilan itu semasa pemeriksaan semula oleh ketua pasukan pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram dalam perbicaraan kes rasuah Najib membabitkan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Shahrol Azral berkata pegawai Kementerian Kewangan (MOF) juga diingatkan dengan idea "perlu melindungi PM".
"Kebanyakan mereka yang pernah saya berinteraksi, termasuk Datuk Seri Hasan Arifin yang merupakan pengerusi PAC pada masa itu, memberi tumpuan kepada idea untuk melindungi perdana menteri (ketika itu)," katanya.
Semasa disoal lebih lanjut oleh Sri Ram sama ada beliau mengenali perunding perhubungan awam (PR) Najib, Paul Stadlen, saksi itu berkata "ya".
"Dia diperkenalkan kepada saya oleh Jho Low. Dia adalah pegawai PR bos (merujuk kepada Najib). Dia menguruskan PR dan persepsi awam. Saya berjumpa dengannya di Putrajaya Marriott Hotel. Paul juga tegas ketika saya mengadakan perbincangan singkat dengannya mengenai melindungi PM,” kata Shahrol Azral.
Menjawab soalan lain oleh bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu mengenai perkara apa yang mereka lindungi Najib, Shahrol Azral berkata ia adalah mengenai reputasi yang terjejas kerana akhbar Wall Street Journal, menyiarkan berita berhubung isu 1MDB.
Dilaporkan sebelum ini bahawa sebelum pendengaran PAC pada 2015, satu pertemuan berlangsung dengan objektif untuk melindungi PM diadakan di rumah Farid di Sri Hartamas dan antara yang hadir adalah anggota BN, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Sri Ram: Adakah keterangan anda kepada PAC dipengaruhi oleh idea ini untuk melindungi PM?
Shahrol Azral: Sudah tentu. Apa sahaja mengenai nama Jho Low (dalam laporan) telah dikeluarkan dan tanggungjawab untuk semua keputusan diletakkan di bahu saya.
Sri Ram: Jadi anda akan dipersalahkan?
Shahrol Azral: Ya.
“Seperti kata orang Melayu ‘kambing hitam’, “ katanya.
Shahrol Azral berkata beliau tidak mendapat faedah daripada wang yang didakwa diambil daripada dana negara itu.
Beliau bagaimanapun berkata, berdasarkan dokumen yang ditunjukkan kepadanya di mahkamah dan semasa siasatan, Najib, adalah antara yang mendapat faedah bersama Jho Low, pengarah eksekutif 1MDB Casey Tang, peguam 1MDB Jasmine Loo, pengasas bersama PetroSaudi International Ltd (PSI) Tarek Obaid dan rakan-rakan Jho Low yang lain.
Terdahulu, semasa pemeriksaan balas, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata Shahrol Azral boleh didakwa di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah (CBT) semasa menjadi Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB.
Namun Shahrol Azral, tidak bersetuju.
Najib, 67, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung Isnin.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 03 2020
Shahrol Azral berkata pegawai Kementerian Kewangan (MOF) juga diingatkan dengan idea "perlu melindungi PM". - Gambar fail
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Inspektor polis didakwa lakukan amang seksual terhadap remaja 16 tahun ditahan
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan selepas didakwa melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan berumur 16 tahun.
Penganggur terlepas tali gantung, hukuman mati diganti penjara 30 tahun, 12 sebatan
Seorang penganggur terlepas tali gantung selepas Mahkamah Persekutuan menggantikan hukuman mati terhadapnya dengan penjara 30 tahun bagi kesalahan membunuh.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan beri bantuan RM10,000 kepada keluarga mangsa
Kerajaan menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, pada Selasa.
Kawalan di KLIA Terminal 1 dan 2 dipertingkat dengan 4 skuter elektrik
Kawalan keselamatan di KLIA Terminal 1 dan 2 oleh PDRM terus dipertingkatkan dengan penggunaan empat skuter elektrik.
AWANI Borneo [24/04/2024] – Nahas helikopter | Bernilai RM1.76 juta | Rakyat diutamakan
AWANI Borneo Rabu, 24 April 2025 bersama Assim Iskandar.
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
- Nahas helikopter : Jasad mendiang Joanna dikebumikan di Serian esok.
- Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak bermilai RM1.76 juta.
- DUN Sabah : Pembangkang tidak dipinggir, peruntukan tetap diberikan - Hajiji
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Skuad B-23 kurang cergas - O' Donell
Aspek kecergasan perlawanan menjadi penyebab utama pemain skuad Bawah 23 Tahun negara gagal memberikan saingan terbaik pada kempen Piala Asia B-23.
Cadangan tubuh Jabatan Perikanan Sarawak dibentang November
Kertas cadangan penubuhan Jabatan Perikanan Sarawak dijangka dibentangkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak selewat-lewatnya November ini.
Teliti isu limpahan pengusaha pelancongan asing - pembangkang
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah untuk menangani isu limpahan pengusaha pelancong Korea atau China yang dilihat semakin mendominasi industri pelancongan tempatan.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.