awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai polis didakwa peras ugut wanita RM10,000

Bernama
Bernama
14/04/2025
07:45 MYT
Pegawai polis didakwa peras ugut wanita RM10,000
Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan peras ugut terhadap seorang wanita berusia 23 tahun di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras pada tahun lepas.
ASP Zuhairi Zubir, 49, didakwa melakukan pemerasan terhadap mangsa dengan mengugut untuk mengambil tindakan berkaitan kesalahan jenayah bagi tujuan mendapatkan wang RM10,000 di Pejabat Bahagian Siasatan Narkotik, IPD Cheras pada 1 Okt 2024.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Insp M. Alli Nangai mencadangkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin serta memohon satu tarikh ditetapkan bagi serahan dokumen.
Peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad, yang mewakili tertuduh memohon agar jaminan dikurangkan kepada RM2,000 atas alasan anak guamnya seorang penjawat awam yang telah berkhidmat lebih 20 tahun serta tidak berisiko melarikan diri daripada prosiding mahkamah.
"Tertuduh seorang penjawat awam yang masih bertugas dan tidak ada kemungkinan beliau tidak hadir ke mahkamah. Beliau tidak pernah ada rekod disiplin sebelum ini. Saya rasa ia adil untuk kita tawar RM2,000 (wang jaminan)," kata peguam.
Majistret Farah Nabihah Muhammad Dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 30 Mei ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes rasuah
#pegawai polis
#IPD Cheras
#kes mahkamah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan