awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Projek RTB atasi masalah banjir kilat di Taman Sejahtera - Exco
PBB sambut baik pembukaan semula pintu sempadan Rafah - Jurucakap
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai polis maut dengan kesan tembakan di kepala

Bernama
Bernama
27/02/2022
14:11 MYT
Pegawai polis maut dengan kesan tembakan di kepala
Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemukan maut dengan luka kesan tembakan di kepala di sebuah rumah di Jalan Selingsing, hari ini.
KUALA LUMPUR: Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor ditemukan maut dengan luka kesan tembakan di kepala di sebuah rumah di Jalan Selingsing di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 3.30 petang dan siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun itu merupakan seorang pegawai polis yang berkhidmat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, Kuala Lumpur.
"Punca kejadian masih belum dapat dikenal pasti dan pasukan forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beh berkata, pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian bersama pegawai perubatan bertugas mengesahkan kematian mangsa pada 3.59 petang.
Beliau berkata kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu diminta tampil memberi keterangan dengan menghubungi pegawai penyiasat kes, ASP Foo Keat How 012-7461500 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul 03-40482206 untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pegawai polis
#kesan tembakan di kepala
#Jalan Selinsing
#inspektor
#Polis Daerah Sentul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan