awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pegawai SPRM ditahan kes edar dadah

Sinar Harian
Sinar Harian
20/10/2021
21:20 MYT
Pegawai SPRM ditahan kes edar dadah
Razarudin berkata, suspek ditahan pada 21 September lepas kerana memiliki senjata api dan peluru serta dadah jenis eramin 5. - Gambar fail BERNAMA
SHAH ALAM: Polis mengesahkan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan berhubung kehilangan wang tunai berjumlah USD6 juta turut disiasat atas kesalahan pengedaran dadah.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, suspek dipercayai terlibat dalam kegiatan tersebut dalam sejak setahun lalu.
"Suspek ditahan selama 60 hari untuk siasatan lanjut dijalankan namun kami yakin tidak akan mengambil masa yang lama untuk melengkapkan siasatan.
"Selepas siasatan selesai, pihak kami akan merujuk kertas siasatan kepada Bahagian Undang-Undang, Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Razarudin berkata, suspek ditahan pada 21 September lepas kerana memiliki senjata api dan peluru serta dadah jenis eramin 5 turut ditemui di dalam pejabatnya di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.
"Pihak JSJN turut menahan dua lelaki yang didapati positif dadah, mereka ini adalah saksi untuk membantu melengkapkan siasatan,"katanya.
"Suspek ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 (LLPK)," ujarnya.
Artikel asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Razarudin Husain
#pegawai SPRM
#Dadah
#senjata api
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan