Peguam Azhar Azizan dilantik Pengerusi SPR - KSN

Bernama
September 21, 2018 04:42 MYT
Kerajaan yakin Azhar mampu menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi SPR mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna. Foto Twitter NST
Peguam Azhar Azizan dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baharu menggantikan Tan Sri Mohd Hashim Abdullah yang tamat tempoh perkhidmatan pada 1 Julai lepas.
Ketua Setiausaha Negara Dr Ismail Bakar dalam kenyataan hari ini berkata pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, selaras dengan Fasal (3) Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.
"Dengan kelayakan serta pengalaman yang ada, saya yakin beliau akan dapat menjalankan tugas, kewajipan dan tanggungjawab sebagai Pengerusi SPR mengikut kehendak Perlembagaan Persekutuan dengan sempurna," katanya.
-- BERNAMA
#Art Harun #Azhar Azizan #ismail bakar #Mohd Hashim Abdullah #peguam #pelantikan #Pengerusi SPR #Suruhanjaya Pilihan Raya #Yang di-Pertuan Agong