MALAYSIA
Peguam berarak ke Pejabat PM tuntut kebebasan institusi kehakiman
Perarakan yang dianjurkan oleh Majlis Peguam Negara itu bermula jam 2.30 petang. - Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI
PUTRAJAYA: Hampir 1,000 peguam dan wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berarak dari perkarangan Istana Kehakiman menuju ke Pejabat Perdana Menteri di sini, hari ini, untuk menuntut kebebasan institusi kehakiman negara.
Ringkasan AI
Perarakan yang dianjurkan oleh Majlis Peguam itu bermula jam 2.30 petang. Peserta perhimpunan berarak sejauh 2.6 kilometer sebelum berakhir dengan penyerahan memorandum yang mengandungi empat tuntutan utama.
Antara figura terkenal dalam bidang perundangan dan awam yang kelihatan menyertai perhimpunan ini termasuk bekas menteri, Tan Sri Rais Yatim; peguam kanan, Haniff Khatri Abdullah; aktivis Siti Kassim; bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan; serta Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
Turut hadir memberi sokongan ialah anak Perdana Menteri, Nurul Izzah Anwar.
Peserta perhimpunan menuntut beberapa perkara utama termasuk ketelusan dalam pelantikan jawatan tertinggi kehakiman, pendedahan minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dakwaan campur tangan dalam sistem kehakiman serta usaha menangani kekosongan dalam institusi kehakiman.
Pada 9 Julai, Presiden Majlis Peguam, Mohamad Ezri Abdul Wahab dalam kenyataan menegaskan, perarakan ini bukan bertujuan menyasarkan mana-mana individu, sebaliknya sebagai usaha mempertahankan integriti sistem kehakiman negara.
“Perarakan ini adalah tindakan sah, aman dan bersifat simbolik yang mencerminkan komitmen profesion guaman dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, prinsip pengasingan kuasa dan kedaulatan undang-undang.
“Ia juga merupakan kenyataan kolektif bahawa kebebasan kehakiman bukan sesuatu yang boleh dirunding dan perlu dilindungi daripada sebarang bentuk pengaruh luar, termasuk dari pihak politik atau eksekutif,” katanya.
Ringkasan AI
- Hampir 1,000 peguam dan wakil NGO berarak dari Istana Kehakiman ke Pejabat Perdana Menteri bagi menuntut kebebasan institusi kehakiman, dengan penyerahan memorandum empat tuntutan utama.
- Tuntutan termasuk ketelusan pelantikan jawatan kehakiman, pendedahan minit mesyuarat JAC, penubuhan RCI berhubung dakwaan campur tangan kehakiman, dan penyelesaian isu kekosongan jawatan dalam institusi kehakiman.
- Majlis Peguam menegaskan perarakan ini sebagai tindakan sah dan simbolik mempertahankan prinsip pengasingan kuasa serta kedaulatan undang-undang, tanpa menyasarkan mana-mana individu.