MALAYSIA

Peguam Eric Paulsen ditahan polis

Astro Awani 12/01/2015 | 14:14 MYT
Penahanan dipercayai mempunyai kaitan dengan tweetnya sebelum ini yang mengkritik Jakim - Gambar Fail
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan Peguam Eric Paulsen telah ditahan polis di Brickfields, Kuala Lumpur malam tadi.

Penahanan dipercayai mempunyai kaitan dengan tweetnya sebelum ini yang mengkritik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Paulsen pada Jumaat mengeluarkan kenyataan yang menuduh Jakim menyebarkan fahaman ekstremis pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Foto Paulsen ditahan polis turut dimuat naik oleh kumpulan NGO, Lawyers For Liberty di laman Twitternya.

Paulsen dikatakan telah ditahan oleh 20 orang anggota polis dan dibawa ke Balai Dang Wangi untuk siasatan lanjut.



An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Pemuda UMNO pada Isnin telah membuat laporan polis terhadap Paulsen berhubung tweetnya itu.

Laporan itu dibuat Pengerusi Biro Agama pergerakan itu Azmir Yuzaimi Mohd Yunos di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.
#akta hasutan #eric paulsen #Ketua Polis Negara #KPN