KUALA LUMPUR: Peguam Rosli Dahlan memohon untuk membatalkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi mendapatkan dokumen daripadanya yang disyaki menerima rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan proses penyelesaian di antara Kerajaan Malaysia dengan Ambank serta Goldman Sachs berkenaan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Rosli, 62, selaku pemohon memfailkan notis usul itu di Mahkamah Tinggi pada 3 Nov lepas menerusi Tetuan Vin Law Co. dengan menamakan SPRM sebagai responden.
Peguam itu antara lain memohon SPRM membayar ganti rugi punitif dan teladan kepadanya atas dakwaan menyalahgunakan proses mahkamah dan memfitnah beliau dengan menamakannya sebagai responden pertama dalam permohonan SPRM.
Rosli, yang merupakan peguam kepada Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam kes berkaitan projek Jana Wibawa mendakwa, SPRM tidak mempunyai kedudukan undang-undang atau locus standi untuk mendapatkan perintah yang dipohon dalam permohonan itu.
Beliau turut mendakwa tindakan SPRM menamakannya sebagai responden pertama adalah berniat jahat, mengaibkan, remeh, menyusahkan dan memfitnah sedangkan tiada sebarang dokumen yang dipohon dalam permohonan SPRM berkaitan dengan peguam itu.
Kes itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Hakim K. Muniandy esok.
Pada 11 Okt lepas, SPRM memohon peguam itu mengemukakan 10 dokumen antaranya surat pelantikan Rosli sebagai peguam 1MDB, penyata akaun serta akaun firma guaman, Rosli Dahlan Saravana Partnership dan dokumen itu diperlukan SPRM untuk mengenal pasti pelantikan peguam itu sebagai peguam 1MDB dalam urusan penyelesaian dengan pihak Kerajaan Malaysia berkaitan 1MDB.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Rosli selaku pemohon memfailkan notis usul itu di Mahkamah Tinggi pada 3 Nov lepas menerusi Tetuan Vin Law Co. dengan menamakan SPRM sebagai responden. - Peguam Rosli Dahlan
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 29 April 2024.
WEF gemakan wawasan, keterbukaan Malaysia melalui tiga hasrat
Malaysia mahu perkasa hubungan bilateral antara negara, selain perbincangan mengenai pelaburan dan usaha mengukuhkan jalinan kerjasama sedia ada.
Thailand-Brunei perkukuh kerjasama sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-40 dalam hubungan diplomatik pada tahun ini, Thailand dan Brunei berharap dapat mengukuhkan lagi kerjasama dua hala dan meningkatkan kerjasama ekonomi.
Rangka manusia dijumpai di Gemas
Satu rangka manusia dijumpai di ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelamah, Gemas, Tampin pada 2.10 petang hari ini.
Putera Mahkota Arab Saudi berhasrat adakan lawatan rasmi ke Malaysia akhir tahun ini - PM
Hasrat itu dizahirkan semasa dialog khas Putera Mahkota Arab Saudi itu bersama beberapa pemimpin negara lain di luar Mesyuarat Khas WEF 2024 pada Ahad.
10 Berita Pilihan - (29 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Selasa - 30 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
SC, IsDB jalin bersama majukan pasaran modal Islam dan kewangan sosial
SC hari ini memeterai MoU dengan IsDB, sekali gus membuka ruang kerjasama lebih erat dalam ICM dan meluaskan jangkauan teknologi kewangan (fintech) dan kewangan sosial Islam, terutama wakaf.
Hamidin sedia terima kritikan, terbuka dicabar
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak terkecil hati dan sedia menerima kritikan mana-mana pihak termasuk bekas Timbalan Presiden FAM Khairy Jamaluddin.
Allaudeen fokus jadi peguam selepas bersara
Beliau berhasrat untuk menyertai firma guaman setelah melengkapkan proses untuk menjadi seorang peguam.
Bicara kes 22 Julai, Sanusi akan kemuka representasi batal tuduhan menghasut
Peguam yang mewakili Sanusi memaklumkan hakim bahawa beliau menerima arahan daripada anak guamnya untuk menghantar representasi itu dalam tempoh empat bulan.
Bekas pemilik syarikat dituduh tipu RM8,000 untuk selesai kes dadah
Seorang bekas pemilik syarikat menghadapi dua pertuduhan menipu seorang lelaki melibatkan wang RM8,000 enam tahun lalu di Mahkamah Sesyen.
Hukuman terhadap Stampa bukti kesungguhan kerajaan pertahan kedaulatan negara - Peguam
Syed Iskandar berkata usaha kerajaan bagi menghentikan tindakan Stampa daripada terus mengganggu-gugat Malaysia akhirnya membuahkan hasil.
Peguam beri keterangan polis berhubung penyelewengan dana awam RM53,000
Seorang peguam beri keterangan kepada polis berhubung penyeleweng dana sumbangan awam untuk pengurusan kematian Dea Maisarah Bada.
Peguam mohon batal permohonan SPRM dapatkan dokumen berhubung penyelesaian 1MDB
Rosli Dahlan memfailkan notis usul itu di Mahkamah Tinggi pada 3 Nov lepas menerusi Tetuan Vin Law Co. dengan menamakan SPRM sebagai responden.
Sah Noh Salleh, Fatin Athira kahwin 23 September
Noh Salleh akan menamatkan zaman dudanya dengan tunangannya, Fatin Athira Mustapa pada 23 September depan.
Nostalgia peguam 'kotak pensel'
Anak muda itu menangis sebaik sahaja menyapa lalu mengucapkan terima kasih kerana membantu ibunya pada tahun 1998.
Peguam dedah rahsia wanita bersuami dua
Kisah benar itu berlaku 10 tahun lalu melibatkan seorang wanita tempatan berusia awal 20-an di sebuah negeri di utara Semenanjung.
Pengurusan kes permohonan anak Yang Dipertua Negeri Sarawak ditetapkan 15 Ogos
Pesuruhjaya Kehakiman Alexander Siew How Wai menetapkan tarikh itu selepas mendengar permohonan berkenaan, yang turut menamakan RHB Bank Berhad sebagai defendan kedua dalam tuntutan.