MALAYSIA
Peguam Najib pertimbang mohon pengampunan penuh sekali lagi
Muhammad Shafee berkata, permohonan pengampunan boleh dibuat berulang kali sama ada membabitkan hukuman penjara atau apa-apa saja keputusan mahkamah yang lain. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
PUTRAJAYA: Pasukan guaman kepada Datuk Seri Najib Razak tidak menolak kemungkinan untuk mengemukakan permohonan pengampunan penuh baharu terhadap bekas Perdana Menteri itu.
Ringkasan AI
Bagaimanapun, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, permohonan pengampunan kali kedua akan mengambil kira kewujudan Titah Adendum sebelum ini agar ia tidak terkait antara satu sama lain.
"Seperti yang saudara-saudari masih lagi ingat, kita ada Titah Adendum dan juga kita ada pengampunan separuh yang jalan serentak.
"Jadi kalau kita buat permohonan baharu pengampunan sekarang, kita juga tidak mahu isu-isu berkenaan dengan Titah Adendum ini atau pengampunan ini mempunyai kesan atau kaitan antara satu dengan lain.
"Bila kita buat permohonan pengampunan, kita mungkin buat permohonan pengampunan secara baharu," katanya dalam sidang media di Istana Kehakiman di sini pada Rabu.
Muhammad Shafee berkata, permohonan pengampunan boleh dibuat berulang kali sama ada membabitkan hukuman penjara atau apa-apa saja keputusan mahkamah yang lain.
Beliau berkata demikian selepas Mahkamah Persekutuan pada Rabu menolak permohonan semakan kehakiman yang dikemukakan Jabatan Peguam Negara.
Ia susulan rayuan Peguam Negara untuk mengetepikan keputusan yang membenarkan Najib memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.
Susulan itu, semakan akan diteruskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berdasarkan tarikh-tarikh yang ditetapkan.
Muhammad Shafee menjelaskan, berdasarkan sembilan kes terdahulu di mahkamah, dekri pengampunan yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dipertikaikan atau dicabar.
“Apabila Yang di-Pertuan Agong sudah menandatangani dekri pengampunan, keputusan itu tidak boleh ditentang. Itu prinsip yang sudah ditegaskan dalam banyak kes sebelum ini,” ujarnya.
Muhammad Shafee turut menegaskan, perbincangan dalaman Lembaga Pengampunan mesti kekal rahsia seperti perbincangan juri dalam perbicaraan bagi mengelakkan keyakinan terhadap institusi tersebut terjejas.
“Kalau isi perbincangan itu dibuka, kita akan musnahkan keseluruhan sistem kerana tiada siapa yang mahu lagi menjadi ahli Lembaga Pengampunan pada masa depan,” katanya lagi.
Ringkasan AI
- Pasukan guaman Datuk Seri Najib Razak mempertimbangkan permohonan pengampunan penuh baharu, dengan mengambil kira kewujudan Titah Adendum agar tidak bercanggah dengan pengampunan separuh terdahulu.
- Mahkamah Persekutuan menolak rayuan Jabatan Peguam Negara, membolehkan semakan kehakiman berkaitan Titah Adendum diteruskan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
- Peguam Muhammad Shafee menegaskan dekri pengampunan yang ditandatangani Yang di-Pertuan Agong tidak boleh dicabar, dan perbincangan Lembaga Pengampunan mesti kekal rahsia demi menjaga integriti institusi.