MALAYSIA
Peguam Negara sedia temui keluarga Wan Ahmad Faris
Mohd Dusuki berkata siasatan kes berkenaan masih dijalankan dan AGC telah memaklumkan kepada peguam keluarga bahawa pertemuan itu boleh diatur sebaik sahaja tarikh sesuai dipersetujui. - Gambar fail
KOTA BHARU: Jabatan Peguam Negara (AGC) bersedia untuk mengadakan pertemuan dengan keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris Wan Abdul Rahman, pelajar tahfiz yang dipercayai mati dibunuh pada Disember 2013, dalam masa terdekat.
Ringkasan AI
Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata siasatan kes berkenaan masih dijalankan dan AGC telah memaklumkan kepada peguam keluarga bahawa pertemuan itu boleh diatur sebaik sahaja tarikh sesuai dipersetujui.
"Kami bersedia berjumpa dan berbincang dengan keluarga mereka serta melihat hala tuju seterusnya. Arahan siasatan masih diteruskan dan kita tunggu hasilnya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Istiadat Pengurniaan Kehormatan Kebesaran Negeri Kelantan, Istiadat Menjunjung Duli dan Istiadat Menyembah Ucapan Tahniah dan Taat Setia bersempena dengan Hari Keputeraan Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke-56 di Istana Balai Besar, di sini hari ini.
Mohd Dusuki berkata AGC komited memastikan siasatan dijalankan secara telus dan akan memaklumkan sebarang perkembangan kepada keluarga Wan Ahmad Faris dari semasa ke semasa.
Pada 1 Sept lepas, keluarga Wan Ahmad Faris menyerahkan memorandum kepada Kerajaan Negeri Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim, di sini.
Memorandum itu merangkumi tiga tuntutan utama termasuk penjelasan mengenai perobohan lokasi kejadian (tandas sekolah) sedangkan siasatan masih belum dimuktamadkan.
Pada Disember 2013, pelajar tingkatan empat itu ditemukan mati tergantung di dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Sains Nurul Aman, Kok Lanas. Mayatnya dilaporkan dijumpai oleh penyelia asrama selepas menghidu bau busuk dari dalam tandas itu.
Pakar forensik yang melakukan bedah siasat terhadap mayat Wan Ahmad Faris mengesahkan kes sebagai kematian mengejut dan tiada kaitan dengan unsur jenayah.
Bagaimanapun, Mahkamah Koroner pada Jun 2016 memutuskan kematian pelajar itu disebabkan dibunuh oleh individu yang identitinya belum dikenal pasti.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Jabatan Peguam Negara bersedia bertemu keluarga Allahyarham Wan Ahmad Faris bagi membincangkan hala tuju siasatan kes kematian pelajar tahfiz itu yang dipercayai dibunuh pada Disember 2013.
- Mahkamah Koroner pada 2016 memutuskan kematian pelajar tersebut disebabkan oleh pembunuhan, walaupun bedah siasat awal mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut tanpa unsur jenayah.
- Keluarga mangsa menyerahkan memorandum kepada kerajaan negeri Kelantan, termasuk tuntutan penjelasan berhubung perobohan lokasi kejadian sebelum siasatan dimuktamadkan.