Peguam yang mewakili Riduan Masmud, pengurus restoran yang didakwa merogol seorang gadis bawah umur di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu baru-baru ini dan mendapat liputan meluas media, meminta semua pihak terbabit berhenti mengeluarkan kenyataan berbentuk spekulatif, tidak berasas dan berbaur fitnah terhadapnya.
Loretto S.Padua berkata Riduan mendapati situasi itu amat tidak adil kepadanya kerana dia 'telah dibicarakan oleh media dan didapati bersalah oleh pembaca' sebelum perbicaraannya di mahkamah bermula.
"Dia tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah, dan ini adalah prinsip jelas dalam sistem keadilan jenayah kita yang berhak dinikmati setiap tertuduh kes jenayah," kata Loretto dalam satu kenyataan selepas diarah berbuat demikian oleh anak guamnya, di sini Khamis.
Beliau berkata anak guamnya juga mendapati 'tindakan Peguam Negara yang membuat kenyataan terbuka serta mendedahkan beberapa bukti yang kini dikatakan masih dalam siasatan, amat menjejaskan kerana dia sudahpun didakwa di mahkamah".
"Paksaan seperti ini memberi tekanan yang amat hebat bukan sahaja kepada beliau malah anggota keluarganya yang diminta memberi keterangan lanjut. Sebarang pengumpulan bukti pada peringkat ini oleh pihak berkuasa, tidak boleh diterima," katanya.
Loretto berkata anak guamnya juga ingin menyatakan "beliau tidak pernah, pada sebarang masa sebelum kenyataan akhbar ini, membuat sebarang kenyataan kepada mana-mana anggota media berkaitan kesnya".
"Sehubungan itu, anak guam saya berhak mengambil tindakan undang-undang dalam perkara ini," katanya.
Riduan didakwa merogol mangsa, 12 tahun enam bulan, dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas.
Perbicaraan kes itu ditetapkan dari 1 hingga 4 Julai ini.
Bernama
Thu May 23 2013
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Penjaga rumah anak yatim ditahan kes rogol penghuni
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol remaja perempuan berusia 17 tahun di rumah jagaan anak yatim swasta di sini baru-baru ini.
Bekas peserta program realiti komedi ditahan kes rogol
Bekas peserta program realiti komedi popular ditahan di bandar raya ini, awal pagi tadi, berhubung kes rogol seorang wanita berusia 20-an.
Ribuan berarak di Perancis berhubung keganasan terhadap wanita susulan kes rogol
Kesatuan sekerja CGT melaporkan 100,000 peserta hadir dalam protes pada Sabtu, termasuk 80,000 di Paris.
Kes rogol: Mahkamah Persekutuan benar bekas ADUN Tonoh kemuka bukti tambahan
Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan bekas ADUN Tronoh Paul Yong Choo Kiong untuk mengemukakan bukti tambahan dalam rayuannya terhadap sabitan kes merogol pembantu rumah.
Empat ditahan rogol bergilir pelajar sekolah
Polis menahan empat lelaki yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir remaja perempuan berusia 14 tahun di Sungai Ara, Bayan Lepas, Ahad lepas.
Kes rogol: Pendakwaan fail rayuan hukuman terhadap Da'i Syed
Pihak pendakwaan memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi berhubung hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan yang dikenakan terhadap pendakwah selebriti, Da'i Syed atas satu pertuduhan merogol.
Lelaki ditahan dipercayai rogol anak kandung 14 tahun
Lelaki berusia 42 tahun itu diberkas di sebuah Jeti Air Temin, Gerik, kira-kira jam 7.45 pagi semalam.
Rogol teman wanita, penjaga lembu dipenjara tiga tahun
Mahkamah Sesyen di sini menjatuhi hukuman tiga tahun penjara terhadap seorang penjaga lembu selepas mengaku bersalah atas tiga pertuduhan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun minggu lalu.
'Mahu cukur rambut anak, tapi saya pula dibotakkan' - Da'i Syed
"Sepatutnya, saya cukur rambut anak perempuan pada tiga minggu lalu, namun perancangan Allah, saya pula yang dibotakkan," kata Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful.
RUU perogol dihukum mati, penjara seumur hidup di India
Dewan Perhimpunan Bengal Barat, India meluluskan RUU untuk mengenakan hukuman mati dan penjara seumur hidup ke atas perogol yang mengakibatkan kematian atau kesan psikologi terhadap mangsa.