awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam sahkan kubur pegawai kadet PALAPES UTM akan digali semula Jumaat ini

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2025
14:45 MYT
Peguam sahkan kubur pegawai kadet PALAPES UTM akan digali semula Jumaat ini
Bhupindar Singh mengesahkan kubur pelatih Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin, akan digali semula pada Jumaat ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Proses penggalian semula kubur pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES), Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin dijadualkan berlangsung pada Jumaat ini, jam 8 pagi, di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rinching Ulu, Semenyih, Selangor.
Peguam bela Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet, yang mewakili ibu mangsa, Ummu Haiman Bee Daulatgun, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Astro AWANI.
“Ya, betul. Penggalian semula kubur Syamsul Haris ditetapkan pada 29 Ogos (Jumaat), jam 8 pagi.
"Selepas penggalian selesai, pihak kami akan mengadakan sidang media ringkas,” katanya.
Dalam pada itu, Bhupindar turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M. Kumar, atas tindakan pantas pihak berkuasa dalam menguruskan proses siasatan kes ini.
Terdahulu, media melaporkan bahawa Jabatan Peguam Negara (AGC) telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjalankan penggalian semula itu bagi membolehkan prosedur bedah siasat kedua dilakukan.
Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mohktar, memaklumkan arahan tersebut dikeluarkan susulan keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Selasa, yang memerintahkan kubur pegawai kadet PALAPES Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu digali semula bagi membantu siasatan lanjut.
Allahyarham Syamsul Haris sebelum ini dilaporkan meninggal dunia ketika menjalani latihan bersama PALAPES UTM di Skudai, Johor, dan kes berkenaan kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.
Topic Berkaitan
#Jabatan Peguam Negara
#bedah siasat
#PDRM
#Mahkamah Tinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan