[TERKINI] Najib Razak Dilepas Tanpa Dibebaskan – Kes SRC RM27 Juta, Ikuti Laporan di Sini
NATIONAL

Peguam Shafee Abdullah tiba di rumah Najib Razak

Hilal Azmi 03/07/2018 | 14:08 MYT
Sebelum itu, terdapat laporan mengatakan Tan Sri Shafee berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia kira-kira pukul 8.40 malam tadi. - Gambar fail
Selepas ditahan pada 2:35 petang, kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus menjadi perhatian warga media.
Terbaharu, peguam terkemuka, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dilihat memasuki perkarangan rumah Datuk Seri Najib sekitar jam 9:30 malam.
Kereta berwarna hitam dilihat bergegas masuk ke Jalan Langgak Duta sebelum terus menuju ke rumah Datuk Seri Najib.
BACA: Najib Razak ditahan SPRM, akan didakwa esok
BACA: Selepas Najib tidur di lokap SPRM malam ini, apa yang boleh dijangka esok?
BACA: Najib ditahan, ini doa Rafizi...
Walau bagaimanapun, tujuan kehadiran beliau tidak dapat dipastikan.
Antara kumpulan wartawan yang memerhatikan pergerakan keluar masuk kenderaan di kediaman Datuk Seri Najib Razak malam ini. - Foto Astro AWANI/Hilal Azmi
Sebelum itu, terdapat laporan mengatakan Tan Sri Shafee turut berada di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kira-kira pukul 8.40 malam tadi.
Datuk Seri Najib ditahan sekitar 2.35 petang tadi dan akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur esok.
#bekas perdana menteri #Jalan Langgak Duta #mahkamah #Muhammad Shafee Abdullah #Najib Razak #rumah #SPRM