Hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang pembantu stor yang digelar `Abang Botak’ adalah terlalu berat, kata seorang peguambela dan peguamcara.
Adzly Ab Manas berkata memandangkan kesalahan Abang Botak atau nama sebenarnya, Danial Abdullah Tan, 31, merupakan kesalahan pertama sepatutnya hukuman kepada pesalah perlulah bersifat memberi pengajaran.
"Saya secara peribadi merasakan hukuman 12 bulan penjara terhadap Abang Botak adalah terlalu berat," katanya melalui kenyataan yang dipetik daripada Sinar Harian hari ini.
Katanya, justifikasi menjatuhkan hukuman mestilah ditimbang dengan faktor-faktor mitigasi.
BACA: 'Abang botak' beraya dalam penjara
Selain itu, Adzly yang juga Setiausaha Agung Persatuan Perjuangan Masyarakat Kota (Perkata) berkata skil peguam menasihati anak guam amat penting dan jangan semata-mata mengajak anak guam terus membuat pengakuan salah.
"Ada ketika, baik jika memohon kes dibicarakan supaya peguam faham semua bukti dan fakta kes," katanya.
Sementara itu, pandangan sama turut suarakan dua lagi peguam, Farhan Haziq Mohamed dan Syahredzan Johan, menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan bersama hari ini.
Menurut mereka, hukuman khidmat masyarakat dilihat lebih baik untuk memberi peluang kepada pesalah termasuk Daniel Abdullah Tan untuk membetulkan kesalahannya dengan cara melakukan kebaikan kepada orang lain dalam tempoh tertentu.
Menurut kedua-dua peguam itu, meskipun ada yang berpendapat bahawa hukuman penjara adalah suatu hukuman yang setimpal, namun ia sebenarnya bukanlah penyelesaian yang sesuai bagi setiap individu yang melalui sistem keadilan jenayah negara.
“Kami mengecam perbuatan tertuduh dan menyokong penggunaan undang-undang ke atas mereka yang melakukan kesalahan 'road bully' seperti yang terjadi di dalam kes ini. Pihak berkuasa sewajarnya memandang serius pada insiden-insiden seperti ini.
“Pada masa yang sama, kami dengan segala hormatnya berpendapat bahawa terdapat kekhilafan pada keputusan Puan Majistret dalam mengenakan hukuman penjara tersebut.
“Kami sedar bahawa Seksyen 427 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara minima satu tahun, tetapi kami merasakan bahawa adalah lebih sesuai sekiranya tertuduh dikenakan hukuman denda dan bukannya penjara, mengambil kira beberapa faktor mitigasi termasuklah pengakuan salah dan keinsafan yang dilaporkan ditunjukkan oleh tertuduh,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut mengenai hukuman khidmat masyarakat, kedua-dua peguam itu berkata, ia bukanlah asing dalam sistem keadilan jenayah tanah air, tetapi ia perlu diperluaskan kepada pesalah-pesalah lain mengikut kesesuaian melalui pindaan terhadap Kanun Tatacara Jenayah.
"Walaupun ada yang berpendapat bahawa hukuman penjara adalah suatu hukuman yang setimpal, ia sebenarnya bukanlah penyelesaian yang sesuai bagi setiap individu yang melalui sistem keadilan jenayah negara.
"Malah, dengan meletakkan pesalah dalam penjara, ia menjarakkan pesalah dengan masyarakat dan juga boleh membawa impak yang negatif kepada pesalah.
“Oleh itu, kerajaan wajar meluaskan pemakaian hukuman khidmat masyarakat melangkaui peruntukkan Seksyen 293 Kanun Tatacara Jenayah sahaja. Untuk makluman, Seksyen 293 membenarkan Mahkamah mengenakan hukuman khidmat masyarakat kepada ‘pesalah muda’, iaitu mereka yang berumur dalam lingkungan 18 hingga 21 tahun,” katanya.
Dalam kenyataan sama, kedua-dua peguam itu turut berharap agar tertuduh akan mengemukakan rayuan atau memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menyemak semula hukuman yang dikenakan.
Terdahulu, seorang pembantu stor yang digelar ‘Abang Botak’ oleh warganet terpaksa menyambut Aidilfitri di dalam penjara selepas Mahkamah Majistret Petaling jaya menjatuhi hukuman penjara 12 bulan kerana melakukan khianat dengan memecahkan cermin sebuah kereta.
Astro Awani
Sat Jun 01 2019
Peguam menyifatkan hukuman penjara 12 bulan terhadap Danial Abdullah Tan (gambar) adalah terlalu berat. -Foto Sinar Harian
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
Peguam sifatkan hukuman terhadap 'Abang Botak' terlalu berat
Justifikasi menjatuhkan hukuman mestilah ditimbang dengan faktor-faktor mitigasi, kata peguam itu.