MALAYSIA
  
            Pejabat ADUN DAP Prai, P Ramasamy, dilempar molotov cocktail
Kejadian kira kira jam 3 pagi di Taman Chai Leng Park itu disedari pekerja pejabat, selepas  terdengar bunyi letupan di bahagian bawah bangunan dua tingkat itu. - Gambar fail
            
      Pejabat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Prai, Prof P. Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II, Pulau Pinang  di lontar molotov cocktail awal pagi tadi.
Kejadian kira kira jam 3 pagi di Taman Chai Leng Park itu disedari seorang pekerja di pejabatnya, selepas terdengar bunyi letupan di bahagian bawah bangunan dua tingkat itu.
Pemeriksaan mendapati hanya berlaku kebakaran kecil di bahagian pintu premis berkenaan.
Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Chai Leng Park sejurus kejadian tersebut.
	 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, ACP Rusli Mohd Noor mengesahkan kejadian tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.