Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyerbu pejabat portal berita Malaysiakini di Petaling Jaya pada Selasa malam.

Serbuan dengan waran geledah yang diketuai Timbalan Pengarah Unit Penguatkuasaan dan Penyiasatan, Akmal Hamdy Baharuddin bersama enam anggota itu turut merampas dua buah komputer.

Difahamkan melalui siaran portal syarikat berkenaan, serbuan itu adalah sebahagian daripada siasatan SKMM berhubung laporan berita video yang dimuat naik melalui KiniTV iaitu anak syarikat Malaysiakini.