[TERKINI] Polis Kenal Pasti Peserta Program Motivasi Rumah Tangga eHati – Amaran Tangkapan Jika Enggan Bekerjasama – Ikuti Perkembangan Di Sini
MALAYSIA

Pejabat Perdana Menteri nafi Muhyiddin dijangka menghadap Agong petang ini

Bernama 08/07/2021 | 09:49 MYT
Sebuah lagi portal berita mendakwa Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau.
KUALA LUMPUR: Pejabat Perdana Menteri menafikan kenyataan disiarkan beberapa portal berita yang mendakwa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah petang ini.

Sebuah portal berita mendakwa Muhyiddin bakal menghadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara susulan kemelut kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Sebuah lagi portal berita mendakwa Muhyiddin dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong susulan keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menarik balik sokongan terhadap beliau sebagai Perdana Menteri.

-- BERNAMA
#Muhyiddin Yassin #Yang di-Pertuan Agong #Perdana Menteri #UMNO #Politik Malaysia #pejabat perdana menteri #PMO