awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gmail kini integrasi Gemini dengan ciri AI baharu
ASUS perkenal konsep penghala WiFi 8 pertama di dunia di CES 2026
Roblox wajibkan pengesahan umur untuk akses ciri Chat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejabat SUK Pulau Pinang ditutup dua hari proses sanitasi

Bernama
Bernama
11/08/2021
20:24 MYT
Pejabat SUK Pulau Pinang ditutup dua hari proses sanitasi
Orang ramai yang ingin berurusan dinasihatkan supaya hadir di kaunter bermula Jumaat, 13 Ogos setelah pejabat memulakan operasi seperti biasa. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Operasi Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) ditutup bermula 2 petang Rabu dan Khamis bagi tujuan sanitasi.
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata proses sanitasi akan dilakukan di keseluruhan bangunan pejabat untuk mengekang penularan COVID-19.
Menurut kenyataan itu, antara bahagian yang terlibat dalam proses tersebut adalah di keseluruhan kaunter aras tiga melibatkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Pejabat Daerah Timur Laut, Pejabat Tanah dan Galian serta Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).
"Bilik Gerakan COVID-19 Negeri Pulau Pinang, Bahagian Khidmat Pengurusan serta Unit Komunikasi Korporat dan Inovasi di tingkat 25 serta Unit Perolehan di tingkat 30 juga akan turut melalui proses sanitasi," menurut kenyataan itu.
Ia berkata urusan kaunter pelawat untuk semua jabatan di Komtar juga ditutup.
Orang ramai yang ingin berurusan dinasihatkan supaya hadir di kaunter bermula Jumaat, 13 Ogos setelah pejabat memulakan operasi seperti biasa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#GERAKAN
#komtar
#sanitasi
#MBPP
#Pejabat SUK Pulau Pinang
#SUK Pulau Pinang
#kaunter pelawat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan