awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejalan kaki, penunggang motosikal maut dirempuh kereta

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
31/10/2021
02:25 MYT
Pejalan kaki, penunggang motosikal maut dirempuh kereta
Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam nahas membabitkan sebuah kereta, motosikal dan pejalan kaki di Jalan Tun Dr Awang. -Foto ihsan JBPM
BAYAN LEPAS: Dua maut manakala dua lagi cedera parah dalam nahas membabitkan sebuah kereta, motosikal dan pejalan kaki dekat Solaria Residences di Jalan Tun Dr Awang, di sini, berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, pada Sabtu.
Difahamkan dalam kejadian jam 11.26 malam itu, Suhaila Zainal Abidin, 45, dan penunggang motosikal Faizal Abu Bakar, 34, maut setelah dirempuh kereta terbabit, manakala pemandu kereta dan seorang lagi pejalan kaki cedera parah.
Menurut Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Bayan Baru , PBK II Helmirizal Che Morad, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
Bomba mendapati kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Proton Wira dan sebuah motosikal jenis Honda Wave juga membabitkan dua mangsa pejalan kaki.
"Dua mangsa yang maut telah dikenal pasti manakala maklumat mengenai mangsa yang cedera iaitu pemandu kereta lelaki berusia 25 tahun dan pejalan kaki wanita belum diperoleh.
"Pemandu kereta telah dikeluarkan oleh orang awam dan seorang pejalan kaki telah dibawa ke Hospital Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Kedua-dua mangsa yang dirempuh kereta disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan di lokasi kejadian sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
Helmirizal berkata kerja pembersihan di lokasi kejadian telah selesai sebelum operasi ditamatkan pada jam 1.38 pagi.
Topic Berkaitan
#Helmirizal Che Morad
#Solaria Residences
#Suhaila Zainal Abidin
#Faizal Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan