awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salji sebabkan kesesakan lalu lintas di Paris, utara Perancis
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Gajah mengamuk bunuh enam orang di timur India
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pejalan kaki warga emas maut terperosok bawah kereta

Aida Aziz
Aida Aziz
16/08/2025
23:30 MYT
Pejalan kaki warga emas maut terperosok bawah kereta
Ketika kejadian mangsa berusia 81 tahun itu sedang berjalan di bahu jalan sebelum dilanggar oleh kereta tersebut. - Foto JBPM Perak
KUALA KANGSAR: Seorang pejalan kaki wanita warga emas maut setelah dilanggar lalu terperosok di bawah sebuah kereta jenis Perodua Myvi di laluan Chandan Puteri, di sini pada Sabtu malam.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak, kemalangan itu berlaku kira-kira jam 9.21 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar digerak atur ke lokasi.
Katanya, ketika kejadian mangsa berusia 81 tahun itu sedang berjalan di bahu jalan sebelum dilanggar oleh kereta tersebut.
"Terdapat seorang mangsa berada di bawah kereta akibat dari kemalangan tersebut dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Ketua operasi mengarahkan anggota melaksanakan kerja-kerja menyelamat menggunakan peralatan khas iaitu 'air lifting' dan pengusung bagi mengeluarkan mangsa di bawah kereta.
"Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis bagi tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Operasi yang membabitkan seramai 10 orang anggota bomba itu tamat jam 10.04 malam.
Topic Berkaitan
#Nahas
#warga emas
#berjalan kaki
#terperosok di bawah kereta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan