awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekadin cadang jawatan Ketua Menteri Sabah guna gelaran 'Premier'

Bernama
Bernama
23/01/2023
10:16 MYT
Pekadin cadang jawatan Ketua Menteri Sabah guna gelaran 'Premier'
Presiden Pekadin menyarankan supaya kerajaan Sabah membawa perkara itu ke Persidangan DUN Sabah pada Mac ini untuk dibincang secara teliti. - Gambar fail
KOTA KINABALU: Persatuan Kebajikan dan Pendidikan Kadazandusun Murut Sabah (Pekadin) mencadangkan agar kerajaan negeri mengikut langkah Sarawak menggunakan gelaran Premier bagi jawatan Ketua Menteri.
Sehubungan itu, Presidennya Newmond Tibin menyarankan supaya kerajaan Sabah membawa perkara itu ke Persidangan Dewan Undangan Negeri Sabah (DUN) pada Mac ini untuk dibincang serta diteliti.
Katanya, Pekadin berpendapat gelaran jawatan Ketua Menteri sebaiknya sama iaitu Premier bagi Sabah dan Sarawak selaras kedudukan kedua-dua negeri itu yang setara.
"Penyelarasan gelaran jawatan Ketua Menteri itu juga wajar kerana mengikut perjanjian asal pembentukan Malaysia 1963 (MA63), wilayah Sabah, Sarawak dan Malaya adalah setara," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Newmond berkata Melaka dan Pulau Pinang yang termasuk dalam wilayah Malaya menerusi MA63, pada masa ini menggunakan gelaran Ketua Menteri.
Pada 15 Feb lepas, DUN Sarawak meluluskan Rang Undang-Undang Perlembagaan Negeri Sarawak (Pindaan) 2022 untuk menukar gelaran jawatan Ketua Menteri kepada Premier dengan majoriti lebih dua pertiga ahli dewan menyokong.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ketua Menteri Sabah
#premier
#Pekadin
#gelaran
#Kadazandusun Murut
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan