awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekebun kecil getah di Sabah, Sarawak terima bayaran IPG bagi Mac

Bernama
Bernama
01/04/2024
21:00 MYT
Pekebun kecil getah di Sabah, Sarawak terima bayaran IPG bagi Mac
Pada Mac 2024, harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap adalah RM3.20 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia, RM2.85 sekilogram bagi Sabah dan RM2.70 sekilogram di Sarawak. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun kecil telah diaktifkan di Sabah dan Sarawak mulai 1 hingga 30 April 2024 berdasarkan pengeluaran getah pada Mac 2024.
Lembaga Getah Malaysia dalam kenyataan semalam berkata bermula Januari 2024, IPG telah diaktifkan sekiranya harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump atau getah sekerap berada di paras RM3.00 sekilogram ke bawah.
Pada Mac 2024, harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap adalah RM3.20 sekilogram bagi Semenanjung Malaysia, RM2.85 sekilogram bagi Sabah dan RM2.70 sekilogram di Sarawak.
Oleh itu, tiada pembayaran IPG kepada pekebun kecil di Semenanjung Malaysia.
Kadar IPG Mac bagi getah sekerap dan lateks di Sabah adalah 15 sen sekilogram untuk 50 peratus kandungan getah kering (KGK) dan 30 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
Di Sarawak, kadarnya adalah 30 sen sekilogram untuk 50 peratus KGK dan 60 sen sekilogram bagi 100 peratus KGK.
Kadar IPG bagi lateks pula adalah 90 sen sekilogram untuk 100 peratus KGK.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#IPG
#getah sekerap
#pekebun kecil getah
#harga getah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan