MALAYSIA
Pekebun rugi RM110,840 terperdaya pembelian kereta dalam talian
Mangsa telah melakukan 17 transaksi pemindahan wang ke dalam sembilan akaun penerima sejak awal September. - Gambar fail
JOHOR BAHRU: Seorang pekebun kerugian RM110,840 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian kereta secara dalam talian yang tidak wujud melalui aplikasi Facebook, awal bulan ini.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Yusof Othman berkata kejadian dipercayai berlaku selepas lelaki berusia 55 tahun itu terlihat iklan jualan kereta terpakai jenis Toyota Vios pada harga RM49,000.
"Mangsa yang bersetuju untuk membeli kereta terbabit telah diminta membuat beberapa bayaran secara dalam talian yang kononnya melibatkan wang deposit, pendaftaran dan lain-lain proses pembelian hingga jumlah keseluruhan mencecah RM110,840.
"Mangsa telah melakukan 17 transaksi pemindahan wang ke dalam sembilan akaun penerima sejak awal September," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa mula berasa curiga apabila harga kereta itu melebihi harga yang diiklankan sebelum menyedari dirinya telah ditipu.
Yusof berkata mangsa membuat laporan polis semalam dan kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sehubungan dengan itu, beliau menasihati orang ramai agar menyemak nombor akaun sebelum melakukan sebarang transaksi kepada individu tidak dikenali melalui perkhidmatan Semak Mule serta memuat turun aplikasi Whoscall bagi mengurangkan risiko menjadi mangsa penipuan.
-- BERNAMA