PETALING JAYA: Pekeliling baharu yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk tidak mengadakan kelas akademik pada minggu pertama sesi persekolahan mendapat respons positif ibu bapa.
Menurut mereka, perkara tersebut adalah satu pembaharuan baik yang dilakukan supaya anak-anak dapat menyesuaikan diri di tempat baharu.
Pekerja swasta, Kumaresan M Mariapan, 40, berkata, ia adalah penting supaya anak-anak terutama tahun 1 dapat mengenali rakan-rakan sekelas.
“Saya sangat setuju dengan pembaharuan ini. Pada minggu pertama pelajar dapat bersuai kenal dengan rakan baharu mereka
“Kalau sebelum ini, mereka ada juga bersuai kenal, tetapi pada awal waktu kelas sahaja. Jadi ia sangat terhad,” katanya kepada Sinar Harian di sini pada Isnin.
Pada 15 Mac lalu, Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Pkharuddin Ghazali berkata, tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024.
Menurut Pkharuddin, sebaliknya ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek.
Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, pekeliling baharu itu dikeluarkan setelah penelitian yang lama agar langkah itu memberi impak kepada pihak terlibat.
Menurut Fadhlina, bukan mudah untuk kementeriannya membatalkan pekeliling asal berusia 34 tahun yang dilaksanakan ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Pelajaran.
Menurut pekerja swasta, Naveendran Ramakrishnan, 42, pekeliling baharu yang diumumkan itu membuatkan para pelajar lebih teruja untuk ke sekolah.
Dia yang juga bapa kepada dua pelajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil PJS1, Petaling Jaya berkata, ini kerana pelajar tidak dibebankan dengan pelbagai tugasan pada minggu pertama persekolahan.
“Sebelum ini minggu pertama sekolah mereka sudah mula belajar. Apabila buat begini, pelajar akan lebih teruja sebab sesi suai kenal dan sebagainya.
“Anak-anak lebih gembira untuk hadir ke sekolah,” jelasnya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Mar 20 2023

Murid-murid memulakan sesi pembelajaran pada hari pertama persekolahan sesi 2023/2024 di Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil), PJS 1 pada Isnin. - Foto Bernama (Gambar kecil: Naveendran, Kumaresan)

Malaysia cadang wujudkan wilayah ekonomi serantau Johor-Singapura
Malaysia bercadang untuk mewujudkan wilayah ekonomi serantau antara Johor dan Singapura dalam usaha mengukuhkan potensi ekonomi negeri tersebut.

Penstrukturan semula projek LCS bakal pulih, perkukuh ekosistem maritim Malaysia - MASTRA
MASTRA turut menyarankan supaya pihak terlibat melantik ahli Lembaga Pengarah Syarikat dari kalangan mereka yang berkompetensi dan berintegriti.

Empat agensi capai skor penarafan tertinggi MyGPI tahun 2022
Empat agensi itu ialah Kementerian Kerja Raya, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Kerja Raya.

Piala FA: JDT mara ke separuh akhir dengan bergaya
JDT tidak berdepan masalah melangkah ke separuh akhir Piala FA selepas berpesta gol menewaskan Penang FC 5-0 pada aksi suku akhir.

Azizulhasni tambah koleksi emas keempat di Hong Kong
Jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang menikmati perlumbaan yang cemerlang di Hong Kong selepas meraih pingat emas keempatnya, malam ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Mei 2023.

Big Stage 2023: Giliran Meer Nash ucap selamat tinggal, Waode dominasi minggu keempat
Peserta Big Stage 2023, Meer Nash harus menerima kenyataan apabila namanya diumumkan sebagai peserta yang harus meninggalkan program hiburan itu.

Polis tahan lima lelaki, seorang wanita bantu siasatan kes gaduh di Tampoi
Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan yang berlaku di kawasan Tampoi, malam semalam.

Perjalanan lancar, Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu dibuka hari ini
Projek Persimpangan Bertingkat Lapangan Terbang Sibu, yang juga sebahagian daripada Lebuhraya Pan-Borneo telah dibuka pada 6 petang tadi.

Helikopter tentera Indonesia terhempas di Jawa Barat, lima kru terselamat
Helikopter milik tentera Indonesia dilaporkan terhempas di Bandung, Jawa Barat pada Ahad.

Kes buli: 'Ramai asyik tanya bila nak ambil tindakan' - Fadhlina jamin siasatan telus
KPM memberi jaminan akan menjalankan siasatan dengan telus berhubung isu buli dan beberapa isu berkaitan gejala sosial pelajar yang lain bagi memberi keadilan kepada semua pihak.

Kenaikan gaji guru: Kelayakan akademik tinggi dalam perbincangan KPM - Fadhlina Sidek
Setakat ini perkara itu telah berada dalam radar perbincangan peringkat KPM sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.

Sesi persekolahan 2024/2025 bermula Mac 2024
Sesi persekolahan 2024/2025 akan bermula pada Mac 2024 manakala sesi 2025 pada Februari 2025 bertujuan kembalikan sesi persekolahan 2026 kepada Januari.

Takwim sekolah mula Januari pada 2026 - Fadhlina
Fadhlina berkata kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

Roland Sagah terkilan Fadhlina enggan bincang isu pendidikan mendesak di Sarawak
Datuk Roland Sagah Wee Inn mendedahkan percubaan kementeriannya untuk bertemu Fadhlina telah diabaikan sejak beliau memegang jawatan pada Disember 2022.

KPM tunggu laporan siasatan guru besar tampar murid
KPM sedang menunggu laporan penuh siasatan berhubung tindakan seorang guru besar dipercayai menampar murid Tahun Lima di sebuah sekolah di sini pada Mac lalu.

Cuaca panas: Murid, guru boleh terus pakai baju sukan - Fadhlina
Beliau berkata kebenaran khas itu bergantung kepada keadaan cuaca dan diberikan bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada kesihatan.

Menteri Pendidikan nafi keputusan SPM 2022 diumum 25 Mei
Satu kenyataan penafian penuh akan dikeluarkan pihak Kementerian Pendidikan dalam masa terdekat.

Program Cuti-Cuti Cikgu antara 10 inisiatif baharu diumum sempena Hari Guru
Inisiatif baharu itu turut membantu mengurangkan kos sara hidup, merancakkan ekonomi dan meningkatkan kesejahteraan negara.

KPM terus nasihat sekolah tidak jalankan aktiviti luar bilik darjah
KPM telah mengadakan sesi libat urus bersama seluruh Jabatan Pendidikan negeri bagi memberikan panduan.