MALAYSIA
Pekeliling ILTIZAM dilancar, perkukuh tadbir urus prestasi perkhidmatan awam
Shamsul Azri (tengah) bergambar kenangan pada Majlis Pembukaan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam di Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin Perbadanan Putrajaya hari ini. --fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Pekeliling ILTIZAM dan Indeks Prestasi Perkhidmatan Awam (I-PPA) yang dilancarkan hari ini bakal menjadi pemangkin utama dalam mengukuhkan tadbir urus berasaskan prestasi di seluruh sistem penyampaian kerajaan, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Ringkasan AI
Beliau berkata pekeliling tersebut menyokong pelaksanaan Akta Iltizam Kecekapan Perkhidmatan Kerajaan (ILTIZAM) yang berkuat kuasa pada 1 Dis lepas, manakala I-PPA berfungsi sebagai instrumen rasmi untuk mengukur, menilai dan memantau kecekapan serta keberkesanan penyampaian perkhidmatan sebagaimana digariskan di bawah Seksyen 7(1) akta berkenaan.
"Dengan adanya pekeliling serta instrumen pengukuran ini, kita dapat memperkukuh tadbir urus berasaskan prestasi, iaitu Penambahbaikan Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Berlandaskan Prinsip ILTIZAM di bawah Tonggak Ketiga RMK13," katanya ketika merasmikan Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di sini hari ini.
Shamsul Azri berkata pelaksanaan ILTIZAM selaras dengan Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan (NPGRP) dan bergerak seiring dengan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB), yang setakat ini menunjukkan hasil ketara.
Beliau berkata setakat ini, sebanyak 1,007 projek RKB telah didaftarkan di seluruh negara dengan 323 projek siap, iaitu peningkatan 182 projek berbanding sebelum ini, sekali gus menjimatkan lebih RM2.01 bilion setahun daripada kos pematuhan.
"Ini bermakna proses lebih cepat, prosedur lebih mudah dan keyakinan rakyat serta pelabur semakin meningkat," katanya sambil menambah bahawa kerajaan akan memperkenalkan majlis anugerah khas tahun depan bagi mengiktiraf pencapaian pasukan pelaksana RKB.
Beliau berkata keseluruhan usaha reformasi itu telah mengubah logik kerja kerajaan, dinamika institusi dan definisi keberhasilan, selain meningkatkan reputasi Malaysia di peringkat global.
Malaysia kini berada di kedudukan ke-23 dalam World Competitiveness Ranking 2025 dan ke-34 dalam World Digital Competitiveness Ranking 2025.
Dalam ucapannya, Shamsul Azri turut menekankan keperluan membina kapasiti pegawai awam untuk menghadapi cabaran baharu, termasuk menguasai kemahiran masa hadapan dan memimpin perubahan.
Beliau mencadangkan IMATEC INTAN dijadikan Pusat Kecemerlangan (Centre of Excellence) Latihan Kecerdasan Buatan Sektor Awam bagi menangani paradoks produktiviti AI dan memastikan setiap pelaburan teknologi memberi pulangan yang terukur.
Beliau turut mengingatkan pegawai awam agar menjiwai nilai M.A.L.A.Y.S.I.A. (Mesra, Adil, Luhur, Amanah, Yakin, Setia, Islah dan Arif) dan etos M.E.R.D.E.K.A. sebagai kompas moral dalam memimpin perubahan dengan integriti, hikmah dan orientasi rakyat.
M.E.R.D.E.K.A merangkumi Menumpahkan Taat Setia, Empati, Relevan, Dedikasi, Emosi, Karismatik dan Amanah.
Shamsul Azri turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepimpinan tegas dan konsisten dalam memperkasakan agenda reformasi negara, sambil menggesa perkhidmatan awam kekal fokus dan berdisiplin dalam melaksanakan ARPA sebagai institusi bersama menuju perkhidmatan awam berprestasi tinggi menjelang 2030.
Program Rancakkan MADANI yang bermula semalam menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat, karnival kerjaya, pameran interaktif, hiburan keluarga serta pelbagai tawaran istimewa untuk pengunjung.
Program berskala nasional anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) itu menyasarkan sekitar 300,000 pengunjung, dibuka dari 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat dan Sabtu serta 9 pagi hingga 6 petang pada Ahad.
Perdana Menteri dijadual menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan pada 11 pagi, esok.
Program Rancakkan MADANI merupakan kesinambungan Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI (PSBKM) dan Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM), yang menjadi tradisi pelaporan tahunan kerajaan secara terus kepada rakyat.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pekeliling ILTIZAM dan Indeks Prestasi Perkhidmatan Awam (I-PPA) dilancarkan untuk mengukuhkan tadbir urus prestasi kerajaan.
- Pelaksanaan ILTIZAM selaras dengan Dasar Negara bagi Amalan Baik Peraturan dan Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) untuk meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan.
- Program Rancakkan MADANI memberi tumpuan kepada peningkatan prestasi perkhidmatan kerajaan dan menyasarkan 300,000 pengunjung dengan pelbagai aktiviti dan tawaran istimewa.