awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bomba redah tujuh anak sungai, usung wanita cedera di Kapit
Tidak setuju dengan semua dasar Ataturk, tetapi protokol Turkiye harus dihormati - PM Anwar
Keputusan NFA kes Ahmad Zahid di bawah kuasa penuh Peguam Negara - Saifuddin Nasution
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja binaan maut terkena renjatan elektrik

Sinar Harian
Sinar Harian
10/09/2021
03:33 MYT
Pekerja binaan maut terkena renjatan elektrik
JKKP mengeluarkan notis larangan dan memberhentikan segala kerja penanaman kabel elektrik di tapak pembinaan berkenaan. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga India maut manakala rakan senegaranya kritikal akibat terkena renjatan elektrik ketika sedang bekerja di sebuah tapak pembinaan di Jalan Sultan Ismail di sini pada Khamis.
Pejabat Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kuala Lumpur dan Putrajaya dalam satu kenyataan berkata, dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, dua lelaki tersebut terkena renjatan dari kabel elektrik sementara.
"Ketika mangsa sedang menjalankan aktiviti mengikat kabel elektrik tetap, mereka terkena renjatan arus elektrik dari kabel bekalan sementara yang berada di tepi dinding berhampiran tempat mereka bekerja," menurut kenyataan itu pada Khamis.
Katanya, seorang daripada mangsa disahkan meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala berada dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Sehubungan itu, JKKP berkata, notis larangan sudah dikeluarkan melarang segala kerja-kerja pemasangan kabel elektrik tetap di tapak pembinaan tersebut.
"JKKP akan mengambil tindakan perundangan ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang.
"Kejadian seumpama ini boleh dielakkan jika majikan melaksanakan pentaksiran dan kawalan risiko yang komprehensif iaitu Pengenalpastian Hazard, Penaksiran Risiko dan Kawalan Risiko (HIRARC)," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#renjatan elektrik
#tapak pembinaan
#warga india
#JKKP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan