KUALA LUMPUR: Pekerja ekonomi gig di negara ini tidak termasuk di bawah definisi pekerja seperti yang dinyatakan di bawah Akta 265, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim berkata setakat ini, tiada rekod atau pemfailan kes buruh berkaitan golongan pekerja gig yang boleh digunakan sebagai penandaarasan (test case) yang membolehkan pekerja ekonomi gig menikmati manfaat seperti pekerja di bawah definisi undang-undang buruh di Malaysia.
"Sistem pekerjaan gig dan 'contract for service' yang dipersetujui menjadikan pekerja ekonomi gig tidak tertakluk di bawah Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011 (Akta 732) dan Perintah Gaji Minimum (PGM) 2020," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata kerajaan melalui Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789) menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada orang bekerja sendiri termasuk pekerja ekonomi gig seperti penghantar makanan dan perkhidmatan e-hailing sekiranya mencarum di bawah akta itu.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Salahuddin Ayub (PH-Pulai) yang meminta penjelasan sama ada kerajaan bercadang untuk mengenakan gaji minimum dalam platform perniagaan industri ekonomi gig sepertimana yang dilakukan kerajaan United Kingdom (UK) kepada pekerja dan soalan Datuk Seri Dzulkefly Ahmad (PH-Kuala Selangor) mengenai isu sama.
Mengambil contoh kes Uber menentang Aslam di UK, Awang berkata pekerja ekonomi gig di negara itu mendapat perlindungan gaji minimum susulan ketidakpuasan kadar upah penghantaran yang berubah-ubah.
Dalam pada itu, beliau menjelaskan di bawah Akta 732, PGM 2020 terpakai kepada semua pekerja di sektor swasta kecuali pekhidmat domestik seperti yang didefinisikan di bawah Akta Kerja 1995 (Akta 265), Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76).
Katanya, takrifan 'pekerja' di bawah Akta 265, Ordinan Buruh (Sabah Bab 67) dan Ordinan Buruh (Sarawak Bab 76) adalah individu yang terikat di bawah satu kontrak perkhidmatan dengan pihak majikan.
Pekerja ekonomi gig merupakan individu yang bekerja sendiri dan bebas yang tertumpu kepada skop kerja dan tempoh masa yang ditetapkan dengan bayaran yang dipersetujui.
Sistem bekerja dan ciri-ciri gig memberi kebebasan kepada organisasi dan pekerja menjalankan kontrak yang lebih terbuka dan bekerja secara fleksibel tanpa terikat kepada bekerja sepenuh masa dan persekitaran pejabat.
Sementara itu, menjawab soalan Ahmad Hassan (Warisan-Papar) mengenai dasar dan program baharu bagi mewujudkan sumber pendapatan baharu di samping mengekalkan pekerjaan sedia ada di Sabah, Awang berkata kerajaan memperkenalkan beberapa inisiatif agar pelbagai peluang pekerjaan dapat diwujud dan ditawarkan kepada semua peringkat pencari kerja.
"Dalam keadaan ekonomi yang masih dalam tahap pemulihan, kerajaan melalui Caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) memperkenalkan Program Insentif Pengambilan Pekerja, Bantuan Mobiliti dan Program Latihan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) untuk merangsang pengambilan pekerja oleh majikan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
Awang berkata, pekerja ekonomi gig di United Kingdom mendapat perlindungan gaji minimum susulan ketidakpuasan kadar upah penghantaran yang berubah-ubah. - Gambar fail
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Isu RM94 juta: Speaker minta Ahli Parlimen Pendang kemuka bukti atau mohon maaf
Speaker Dewan Rakyat meminta Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) untuk mengemukakan bukti berhubung dakwaan penemuan wang tunai sebanyak RM94 juta di kediaman seorang bekas menteri DAP.
Peruntukan pembangkang: Tidak perlu lari, runding dan bincang saja, selesai - PM Anwar
Anwar berkata isu tersebut sudah berulang kali dijawab namun beliau masih diserang, sedangkan kerajaan menurutnya sudah membuka ruang untuk rundingan.
MP Pendang mohon maaf, Speaker tarik balik penggantungan 4 hari
Ahli Parlimen Pendang daripada Perikatan Nasional (PN) Datuk Awang Hashim yang diarah keluar dan digantung empat hari, dibenarkan kembali ke sidang Dewan Rakyat.
Sidang Parlimen: MP Pendang diarah keluar dewan selama 4 hari
Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) itu digantung selama empat hari susulan kegagalan beliau mematuhi Peraturan Mesyuarat.
Kalau sokongan dua pertiga, kenapa masih 'shopping' wakil rakyat? - Awang Hashim
Usaha membeli wakil rakyat sebegitu tidak harus berlaku di sebalik kenyataan mahu memperjuangkan integriti dan melakukan reformasi pentadbiran dalam negara.
Ahli Parlimen Pendang diarah keluar Dewan Rakyat, kali kedua tahun ini
Timbalan Speaker, Alice Lau Kiong membuat keputusan itu selepas Awang enggan menarik balik perkataan -bohong- yang diungkapkannya ketika berbahas.
Perkeso bayar lebih RM319.4 juta faedah kepada pencarum
Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membuat pembayaran faedah berjumlah lebih RM319.4 juta kepada pencarum yang layak di seluruh negara sejak Januari hingga Julai tahun ini.
Dewan Negara lulus RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Ia termasuk cadangan agar suami yang mencarum dapat diberi insentif pelepasan cukai pendapatan dan insentif padanan caruman.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Awang berkata rang undang-undang itu hanya terpakai bagi suri rumah berumur kurang 55 tahun dan tidak terpakai untuk suri rumah yang mencapai umur 54 tahun serta tidak pernah mencarum dengan SKSSR.
Kerajaan sasar pertingkat 35 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi pada 2030
Bagi merealisasikan sasaran itu, pihaknya akan terus memperkasa TVET dengan menambah baik ekosistem dan meningkatkan kualiti program.