Sabah Memilih: Senarai Calon Rasmi Diumum, Kempen Pilihan Raya Bermula – Ikuti Berita Terkini dari Setiap Lokasi!
MALAYSIA

Pekerja farmasi cedera digigit ular sawa dalam tandas

Bernama 23/11/2025 | 13:00 MYT
Seorang pekerja farmasi cedera di kaki selepas digigit seekor ular sawa sepanjang dua meter, ketika menggunakan tandas di premis berkenaan di Setia Alam petang tadi. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang pekerja farmasi cedera di kaki selepas digigit seekor ular sawa sepanjang dua meter, ketika menggunakan tandas di premis berkenaan di Setia Alam dekat sini petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 3.46 petang, sebelum menggerakkan enam orang pegawai dan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jelutong.

"Anggota bertugas yang tiba kira-kira 15 minit kemudian berjaya melepaskan mangsa wanita berusia 23 tahun daripada gigitan tersebut, dan mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata ular sawa tersebut juga dibawa dan dilepaskan ditempat yang selamat selepas operasi ditamatkan pada 4.29 petang.

-- BERNAMA


#pekerja farmasi #digigit ular sawa #Setia Alam #JBPM Selangor