awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja jatuh kren ketika pasang solar

Sinar Harian
Sinar Harian
10/10/2023
07:23 MYT
Pekerja jatuh kren ketika pasang solar
Bomba membantu membawa turun tiga mangsa yang tersangkut apabila kren digunakan mereka untuk memasang solar di sebuah rumah mengalami kerosakan di Taman Subang Height, Subang Jaya pada Selasa. - Gambar/ JBPM
SUBANG JAYA: Seorang lelaki cedera selepas terjatuh dari kren yang mengalami kerosakan ketika melakukan kerja pemasangan solar di sebuah rumah di Taman Subang Height, di sini, pada Selasa.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 10.05 pagi.
“Seramai sembilan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang dan BBP Petaling Jaya kemudian dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, kami dimaklumkan mengenai insiden terbabit apabila kren digunakan untuk memasang solar di rumah itu mengalami kerosakan," katanya pada Selasa.
Ahmad Mukhlis berkata, kejadian itu menyebabkan empat mangsa terkandas.
Katanya, seorang daripada mereka terjatuh dari kren di ketinggian kira-kira tiga meter dan menyebabkannya cedera di bahagian kaki.
"Tiga lagi mangsa berjaya dibawa turun menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) kira-kira jam jam 11.05 pagi," ujarnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan pekerjaan
#jatuh kren
#Subang Jaya
#panel solar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan