awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kebun didakwa bunuh ibu tiga anak

Bernama
Bernama
19/03/2025
05:07 MYT
Pekerja kebun didakwa bunuh ibu tiga anak
Muhammad Firdaus didakwa membunuh Syarah Nurul Masturah Abdullah di sebuah rumah di Kampung Baru, Sri Gading 8 Mac lepas. - Foto Bernama
BATU PAHAT: Seorang pekerja kebun didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh kenalan wanitanya yang juga ibu kepada tiga anak, awal bulan ini.

Ringkasan AI
  • Muhammad Firdaus Baktehir, 29, didakwa membunuh Syarah Nurul Masturah Abdullah, 31, di Kampung Baru, Sri Gading pada 8 Mac.
  • Kes ini berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi dan tiada pengakuan direkodkan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya tanpa tawaran jaminan.
  • Kebakaran yang menyebabkan kematian mangsa diklasifikasikan sebagai kes bunuh, berpunca daripada pertengkaran antara mangsa dan suspek.

Tiada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Firdaus Baktehir, 29, berikutan kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Muhammad Firdaus didakwa membunuh Syarah Nurul Masturah Abdullah, 31, di sebuah rumah di Kampung Baru, Sri Gading dekat sini, kira-kira 5 petang, 8 Mac lepas.
Pertuduhan dbuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun hingga maksimum 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, hendaklah dihukum minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sharifah Natasha Syed Ahmad yang tidak menawarkan jaminan kepada lelaki itu, manakala Muhammad Firdaus tidak diwakili peguam.
Majistret Arun Noval Dass menetapkan 24 April untuk sebutan semula kes bagi mendapatkan laporan forensik.
Pada 11 Mac, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata kematian ibu tiga anak dalam kebakaran di Kampung Baru, Sri Gading diklasifikasikan sebagai kes bunuh.
Kebakaran berpunca daripada pertengkaran antara mangsa dan suspek sehingga berlaku insiden menggunakan pemetik api dan petrol.
Mangsa yang melecur sehingga 74 peratus meninggal dunia di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, sehari selepas kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja kebun didakwa membunuh
#teman wanita
#Batu Pahat
#Muhammad Firdaus Baktehir
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan