awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kebun durian ditemui mati, dua lelaki Myanmar ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
21/01/2024
01:00 MYT
Pekerja kebun durian ditemui mati, dua lelaki Myanmar ditahan
Seorang lelaki warga Myanmar ditemui mati di sebuah kebun durian dekat Jalan Air Terjun Chamang, Bentong. - Foto PDRM
BENTONG: Dua lelaki warga Myanmar ditahan selepas seorang pekerja kebun ditemui mati di dalam kebun durian dekat Jalan Air Terjun Chamang di sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa iaitu lelaki berusia 29 tahun yang juga rakan senegara ditemui dengan kesan cedera parah di beberapa bahagian anggota badan.
Menurutnya, sebelum itu pihak polis menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun kira-kira jam 5 pagi.
"Seorang lelaki berusia 26 tahun berjaya ditahan di kawasan kebun manakala seorang lelaki berusia 31 ditahan ketika cuba melarikan diri di lokasi berdekatan.
"Salah seorang suspek yang ditahan turut mempunyai beberapa kesan kecederaan dipercayai berpunca daripada pergelutan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Ujarnya, mangsa dan kedua-dua suspek adalah pekerja di kebun durian terbabit.
Jelas beliau, pihak polis telah merampas sebilah parang dan pisau dipercayai digunakan oleh suspek.
"Pihak polis masih meneruskan siasatan untuk mengetahui punca kejadian dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
"Kita memohon kerjasama mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini tampil bagi membantu siasatan," tambahnya
Katanya, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong, Asisten Superintenden Faizal Abdullah di talian 012-4834439 atau pusat kawalan daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2222222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Ujarnya, pihak polis turut memohon orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi kejadian tersebut memandangkan ia masih dalam siasatan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pekerja kebun durian
#warga asing
#meninggal dunia
#parang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan