awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang bawa dadah syabu bernilai RM100,000 direman

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2015
10:48 MYT
Pekerja kilang bawa dadah syabu bernilai RM100,000 direman
Ketika ditahan, dadah jenis syabu seberat satu kilogram itu disembunyikan di dalam sebuah kotak. - Gambar Hiasan
Tindakan seorang pekerja kilang yang ingin memperoleh wang mudah dengan menjadi pengedar dadah membawa padah apabila dia ditahan sepasukan anggota polis Jumaat lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Farid Al Atrash Wahid berkata ketika serbuan dilakukan lelaki terbabit sedang membawa dadah jenis syabu yang dianggarkan bernilai RM100,000 di tempat letak kereta E-Gate, Jelutong.
Dadah jenis syabu seberat satu kilogram itu disembunyikan di dalam sebuah kotak.
"Suspek berusia 21 tahun ditahan dan baru berjinak-jinak dalam kegiatan ini dan dia masih muda baru terlibat kegiatan ini.
"Berdasarkan soal siasat kita percaya pembantu kilang itu ingin mencari duit lebih dan terlibat dalam pengedaran dadah bagi menampung hidup," katanya lagi. Mior berkata, polis percaya suspek baru enam bulan melakukan kegiatan jenayah tersebut dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Lelaki terbabit kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.
Topic Berkaitan
#Dadah
#Mior Farid Al Atrash Wahid
#polis
#Syabu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan