awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang didakwa bunuh pesara

Bernama
Bernama
05/05/2023
04:44 MYT
Pekerja kilang didakwa bunuh pesara
Syafiq bersama seorang lagi didakwa menyebabkan kematian Sa'adon Sahat di belakang bangunan premis tiga tingkat, Jalan PPM 4, Plaza Pandan Malim pada 27 Feb lalu. - Gambar hiasan
MELAKA: Seorang pekerja kilang didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini terhadap pertuduhan membunuh seorang pesara, Februari lepas.
Syafiq Raj Kalai Selvan, 27, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabilah Nizam, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Syafiq bersama seorang lagi didakwa menyebabkan kematian Sa'adon Sahat, 57, di belakang bangunan premis tiga tingkat, Jalan PPM 4, Plaza Pandan Malim antara 2.44 pagi hingga 3.10 pagi pada 27 Feb lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya J. Banusha manakala tertuduh diwakili peguam R. Ryshinah.
Mahkamah menetapkan 22 Jun depan untuk sebutan semula kes.
Media sebelum ini melaporkan mangsa dilanggar dengan kereta dan diseret kira-kira 20 meter oleh dua pemuda selepas mangsa menegur mereka memasang lagu terlalu kuat di dalam kereta sehingga mengganggu keamanan setempat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja kilang
#bunuh pesara
#Air Keroh
#Syafiq Raj Kalai Selvan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan