awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang maut dipanah petir ke tempat kerja

Sinar Harian
Sinar Harian
03/05/2023
11:58 MYT
Pekerja kilang maut dipanah petir ke tempat kerja
Mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 50 tahun itu menunggang sebuah motosikal dalam kejadian tersebut. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LANGAT: Perjalanan seorang pekerja kilang ke tempat kerja berakhir tragedi apabila mangsa maut dipanah petir dalam kejadian di Jalan Kampung Sri Cheeding, Sungai Jarom di sini pada Selasa.
Mangsa yang merupakan lelaki warga tempatan berumur 50 tahun itu menunggang sebuah motosikal dalam kejadian tersebut.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor@Saleh berkata, pihaknya sebelum itu menerima panggilan berkaitan kejadian kira-kira jam 6.31 petang.
"Siasatan awal mendapati, dalam kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu, mangsa dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah kilang di Bandar Mahkota, Banting.
"Ketika mangsa melalui Jambatan Rimbayu ke Ladang Teh Seri Cheeding, mangsa terkena panahan petir sebelum terjatuh," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.
Katanya, orang awam yang melalui lokasi kejadian kemudian membantu mengangkat mangsa.
"Mangsa mengalami kecederaan di bahagian leher kanan serta lebam di bahagian perut dan paha kesan daripada panahan petir selain luka di dagu serta lutut akibat jatuh dari motosikal.
"Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya.
Menurutnya, pemeriksaan di lokasi turut mendapati terdapat dua lubang atas jalan kesan panahan petir.
"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Banting untuk proses bedah siasat.
"Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#maut disambar petir
#Sungai Jarom
#Kuala Langat
#penunggang motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan