awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja kilang patah kaki terjatuh dalam tangki sedalam 4 meter

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
17/03/2024
22:30 MYT
Pekerja kilang patah kaki terjatuh dalam tangki sedalam 4 meter
Mangsa, pekerja asing warga Bangladesh, ketika diselamatkan anggota bomba. - Foto JBPM
KULIM: Seorang pekerja kilang patah kaki dan bahu selepas terjatuh dalam tangki sedalam 3.65 meter di sebuah kilang, di Kulim Hi Tech, pada Ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulim Hi Tech, Penolong Kanan Penguasa Bomba Azmir Hassan berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.58 malam sebelum mengarahkan anggotanya ke lokasi kejadian.
Beliau berkata, sepasukan anggota dari BBP Kulim Hi Tech yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mat Puat Ghazali tiba di lokasi bersama tujuh anggota.
"Selain itu, operasi turut dibantu dua anggota dari BBP Kulim.
"Setibanya di lokasi, didapati pekerja asing warga Bangladesh berusia 25 tahun itu masih berada di dalam tangki berkenaan dipercayai terjatuh.
"Mangsa mengalami kecederaan patah kaki dan bahu. Tindakan yang dilakukan anggota Bomba adalah dengan memberikan rawatan awal sebelum mengeluarkan mangsa dari tangki itu menggunakan "rope resque" dan pengusung," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kulim oleh ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk rawatan lanjut.
Topic Berkaitan
#pekerja kilang
#terjatuh dalam tangki
#patah tulang
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan