awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja ladang ditemukan lemas di Sungai Aring

Bernama
Bernama
20/06/2025
00:10 MYT
Pekerja ladang ditemukan lemas di Sungai Aring
Mayat mangsa yang hilang hampir 40 jam itu ditemukan tersangkut pada ranting dahan pokok di dalam sungai oleh anggota penyelamat pada 12.20 tengah hari semalam. - Foto JBPM Kelantan
KOTA BHARU: Seorang pekerja ladang ditemukan lemas semalam, selepas dikatakan terjun ke dalam Sungai Aring 2, Gua Musang pada Selasa lepas.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gua Musang Penolong Kanan Penguasa Bomba Nor Azizi Che Noh berkata mayat Mohd Kaswadi Ahmad, 42, ditemukan pada 12.20 tengah hari, kira-kira satu kilometer dari tempat terakhir lelaki itu dilihat.
Mayat dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
Sebelum ini, Mohd Kaswadi dilaporkan tidak timbul ke permukaan selepas terjun ke dalam sungai itu pada 9.21 malam Selasa.
Bomba dimaklumkan kejadian pada 8.34 pagi Rabu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata mayat Mohd Kaswadi ditemukan kira-kira satu kilometer (km) dari lokasi kejadian.
Beliau berkata mayat mangsa yang hilang hampir 40 jam itu ditemukan tersangkut pada ranting dahan pokok di dalam sungai oleh anggota penyelamat pada 12.20 tengah hari semalam.
"Operasi mencari dan menyelamat turut mendapat khidmat Unit Pengesan K9 dengan pencarian melibatkan jarak kira-kira 4 km dari tempat kejadian pada hari pertama operasi.
"SAR telah digerakkan kira-kira 9 pagi semalam dengan kekuatan lapan anggota polis bersama 19 anggota bomba melibatkan lima jentera termasuk dua buah bot," katanya dalam kenyataan semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pekerja ladang lemas
#lemas
#Sungai Aring
#Gua Musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan