awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
Anggota tentera putus kaki angkara pikap buat pusingan U
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja ladang ditemukan lemas ketika cari kupang

Bernama
Bernama
03/11/2024
14:17 MYT
Pekerja ladang ditemukan lemas ketika cari kupang
Mangsa dijumpai penduduk kampung sekitar 6.30 petang, kira-kira tiga batu dari muara Sungai Balok. - Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang pekerja ladang yang dilaporkan hilang semasa mencari kupang semalam, ditemukan lemas berhampiran muara Sungai Balok di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa Leong Wai Seng, 57, beralamat di Kuala Kangsar, Perak dijumpai penduduk kampung sekitar 6.30 petang, kira-kira tiga batu dari muara sungai berkenaan.
"Hasil pengecaman oleh majikan mangsa telah mengesahkan itu adalah Leong dan pemeriksaan fizikal mendapati tiada kecederaan di badan mangsa," katanya ketika dihubungi malam ini.
Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk tindakan lanjut.
Media hari ini melaporkan mangsa ke lokasi berkenaan bersama lima individu lain termasuk majikannya sebelum dikatakan turun ke muara sungai seorang diri untuk mencari kupang dan dilaporkan hilang selepas itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa lemas
#Sungai Balok
#cari kupang
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan