awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja ladang maut digilis traktor di Kulai

Bernama
Bernama
26/05/2021
05:26 MYT
Pekerja ladang maut digilis traktor di Kulai
Pekerja ladang terbabit disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan mayatnya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk tindakan lanjut. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang pekerja ladang maut digilis traktor dalam kejadiaan di sebuah ladang kelapa sawit, berdekatan Jalan Sawah, dekat Kulai, dua hari lepas.
Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Johor Ir Mohd Rosdee Yaacob berkata kejadian berlaku pada 4.15 petang ketika lelaki warga Indonesia berusia 50 tahun itu sedang menyambung secara manual sebuah treler membawa muatan buah tandan segar sawit dengan traktor dipandunya.
Beliau berkata lokasi penyambungan itu mempunyai kecerunan empat darjah dan kejadian turut menyebabkan traktor tersebut bergerak sejauh 40 meter tanpa pemandu.
"Mangsa ditemukan tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap dan mempunyai kesan gilisan tayar treler di belakang badannya.
"Mangsa ditemukan oleh mandurnya yang memeriksa tempat kejadian setelah mendapati dia tidak pulang semula ke ram pengumpulan buah tandan segar," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Rosdee berkata pekerja ladang terbabit disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan dan mayatnya dibawa ke Hospital Temenggong Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata susulan siasatan awal yang dijalankan, pihaknya mengeluarkan satu notis larangan pemberhentian operasi kerja menyambung traktor dan treler buah tandan segar di tempat kejadian.
"JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan pekerja mahupun orang awam. Tindakan perundangan akan diambil ke atas pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat pelanggaran peraturan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemalangan
#pekerja ladang maut
#JKKP
#Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
#Negeri Johor
#Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan