Pekerja maut, jambatan runtuh di Kota Tinggi

Sinar Harian
Oktober 28, 2018 05:41 MYT
Seorang pekerja Bangladesh maut dalam kejadian jambatan runtuh berhampiran stesen minyak BHP Petrol Jalan Pengerang-Sungai Rengit pagi ini. - Foto Sinar Harian
Seorang pekerja Bangladesh berusia 42 tahun maut dalam kejadian jambatan runtuh berhampiran stesen minyak BHP Petrol Jalan Pengerang-Sungai Rengit, pagi tadi.
Komander Operasi Balai Bomba Penyelamat Bandar Penawar, Penolong Penguasa Bomba Azlan Mohd Soberi berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 9.44 pagi sebelum bergegas ke lokasi bersama lapan anggota.

"Difahamkan ketika kejadian mangsa sedang bekerja di kawasan berkenaan. Supervisor di situ memaklumkan hanya seorang sahaja mangsa yang jatuh bersama jambatan.
"Pihak bomba mengeluarkan mangsa dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya.
"Identiti mangsa tidak ditemui bersama mangsa. Operasi ditamatkan jam 11 pagi,"katanya.
Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah ketika dihubungi mengesahkan memaklumkan keadaan terkawal dan kejadian merupakan kes terpencil.

#Bangladesh #jambatan runtuh #Kota Tinggi #maut #operasi #polis