awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan jangka defisit fiskal susut kepada 3.5 peratus tahun ini - Amir Hamzah
Melaka terima pelaburan lebih RM9 bilion bangunkan pusat data AI di Jasin
MARA tidak kompromi, sorok sebarang isu integriti petugasnya - Asyraf Wajdi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pekerja maut, syarikat pembinaan didenda RM38,000

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
29/07/2021
05:04 MYT
Pekerja maut, syarikat pembinaan didenda RM38,000
Syarikat itu didakwa gagal serta-merta memberitahu JKKP terdekat, berkenaan kemalangan pekerja warga Bangladesh di bawah kawalannya. - Astro AWANI
IPOH: Sebuah syarikat pembinaan didenda RM38,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Khamis selepas mengaku bersalah cuai dan mengabaikan aspek keselamatan hingga mengakibatkan kematian pekerja warga Bangladesh, tiga tahun lalu.
Syarikat Rantau Urusan (M) Sdn. Bhd. yang diwakili pengarahnya, Lee Wei Jin, 38, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norashima Khalid.
Mengikut pertuduhan, syarikat itu didakwa gagal serta-merta memberitahu Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) terdekat, dengan cara yang paling cepat bagi kemalangan pekerja warga Bangladesh di bawah kawalannya yang mengalami kecederaan badan yang serius semasa sedang bekerja pada 28 Disember 2019.
Kesalahan dilakukan di Bandar Seri Iskandar kira-kira pukul 8.15 pagi, 31 Disember 2019.
Syarikat berkenaan didakwa mengikut Peraturan 5(1)(aa), Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan dan Penyakit Pekerjaan) 2004 dan Peraturan 9, peraturan sama.
Sabit kesalahan, syarikat atau wakilnya boleh dihukum denda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya.
Bagi pertuduhan kedua, syarikat itu didakwa gagal mengadakan sistem kerja selamat bagi kerja mengalihkan ‘rubbish chute’ di Blok D sehingga menyebabkan kemalangan ke atas mangsa di lokasi, tarikh dan masa yang sama.
Tuduhan dibuat di bawah Seksyen 15(1) Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudiannya menjatuhkan hukuman denda RM3,000 bagi pertuduhan pertama dan RM35,000 bagi pertuduhan kedua.
Mahkamah turut menetapkan hukuman penjara empat bulan sekiranya tertuduh gagal menjelaskan denda.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa JKKP, Norissham Ishak manakaka tertuduh tidak diwakili peguam.
Topic Berkaitan
#denda
#maut
#cuai
#syarikat
#pembinaan
#kematian
#Lee Wei Jin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan