Pekerja penyelenggara maut digilis lori 10 tan

Adie Sufian Zulkefli
Ogos 17, 2020 02:37 MYT
Mayat mangsa dan motosikal miliknya yang terlibat kemalangan di Jalan Pokok Sena. -Foto JBPM
Seorang pekerja sebuah syarikat pembersihan maut digilis sebuah lori 10 tan dalam kemalangan di Jalan Pokok Sena, hari ini.
Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain, bomba menerima panggilan berhubung kemalangan pada jam 8.33 pagi.
Beliau berkata sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena dikejarkan ke lokasi.
Setibanya di lokasi, didapati mayat lelaki berusia 30-an masih berada di bawah lori bersama motosikalnya.
Mangsa dikeluarkan dengan menggunakan bantuan peralatan khas dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
#Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia #kemalangan #maut digilis treler #meninggal dunia #Mohamadul Ehsan Mohd Zain