[TERKINI] AS Turunkan Tarif ke 19% Terhadap Malaysia – Semak Laporan Penuh Di Sini
MALAYSIA

Pekerja Petronas ditamat perkhidmatan: 'Banyak yang kontrak' - PM Anwar

Asyraf Malik 06/06/2025 | 07:04 MYT
Anwar berkata kebanyakan daripada 5,000 pekerja Petronas yang bakal ditamatkan khidmat adalah berstatus kontrak. - Gambar fail
KAJANG: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kebanyakan daripada 5,000 pekerja Petroliam Nasional Bhd (Petronas) yang bakal ditamatkan khidmat adalah berstatus kontrak.


Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata kebanyakan daripada 5,000 pekerja Petronas yang bakal ditamatkan khidmat adalah berstatus kontrak.
  • Penstrukturan semula ini diumumkan oleh Presiden dan CEO Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik, sebagai langkah mengurangkan kos susulan kejatuhan harga minyak mentah.
  • Pekerja yang terjejas akan dimaklumkan menjelang akhir tahun, dengan syarikat menjangkakan margin keuntungan berkurangan akibat medan minyak yang semakin mengecil.


“Ia banyak yang kontrak,” ujar Anwar ringkas sewaktu memasuki kereta apabila ditanya pengamal media mengenai penstrukturan semula syarikat minyak dan gas negara itu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui petugas media selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Al-Ikhwan, di sini, hari ini.

Pada Khamis, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang juga Presiden Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik berkata, 10 peratus tenaga kerja Petronas dijangka dikurangkan.

Langkah itu untuk menyusun semula seluruh syarikat bagi mengurangkan kos susulan penyusutan harga minyak mentah.

Pendapatan bersih Petronas merosot 32 peratus pada 2024 (RM55.1 bilion), selepas penurunan 21 peratus pada 2023 (RM80.7 bilion) berbanding rekod tertinggi pada 2022 iaitu RM101.6 bilion.

Tambahnya, pekerja terjejas akan dimaklumkan mengenai status mereka menjelang akhir tahun ini.

Jelasnya lagi, margin keuntungan dijangka berkurangan susulan medan minyak semakin mengecil, menyebabkan sukar untuk memenuhi sasaran dividen syarikat dengan harga minyak semasa.






#Petronas #penstrukturan semula syarikat #Anwar Ibrahim #Perdana Menteri #terkini